Saya paling suka kalau kelas fotografi yang saya sertai, ada alumni. Itu satu kesinambungan. Tamat kelas, tapi pembelajaran masih berterusan.
Tahun 2019 saya menyertai kelas Street Photography anjuran FotoPeekture. Dan kami dipertemukan lagi dalam alumni dengan peserta berbeza batch.
Perkongsian demi perkongsian berlangsung. Kami juga diminta untuk membuat tugasan untuk mengasah lagi kemahiran fotografi.
Saya suka!
Untul bulan Januari, kami diberi tugasan bertemakan "Stay At Home". Oleh kerana tugasan ini bebas menggunakan apa kamera sekali pun, dan boleh edit sesuka rasa, saya jadi suka. Ruang untuk berkreativit lebih besar.
Gambar di bawah (gambar pertama) ialah hasil yang saya hantar. Tema "Stay At Home" yang saya mahu sampaikan ialah kongkongan yang kita semua alami. Kita masih boleh melihat alam, mendengar dan merasa, tapi untuk seorang anak kecil seperti Hafiz dayanya terhad. Terpenjara dengan pagar rumah sendiri.
Alhamdulillah. Gambar saya mendapat kedudukan Top 5. Masih ada ruang yang perlu diperbaiki, tapi sudah cukup menggembirakan. Hadiah berupa beberapa keping poskad dan sebuah buku tentang fotografi.
Alhamdulillah.
Untuk Februari, temanya air. Masih tercari-cari gambar bagaimana mahu dihasilkan.
Ada idea?
0 Comments