Salam Aidiladha 1442H

Sudah dua tahun, raya di tanah air hilang serinya. Raya, tapi tak raya. Malaysia masih berkurung atas perintah kerajaan disebabkan pandemik Covid-19 yang berleluasa.

Kalau ditanyakan pada saya, berkurung atau PKP ini tidak ada masalah pun. Setakat menghadkan pergerakan itu, boleh lagi kita terima.  

Tapi apabila semua arahan kita patuh, ini tak boleh, itu tak boleh dan kemudian setiap hari berita jangkitan kes semakin tinggi, itu yang menimbulkan rasa marah. Kita akur dengan perintah, tapi keadaan di sekeliling semakin parah.

Waktu ini, hilang sudah rasa percaya kepada pemerintah yang sudah boleh dipersoalkan kemampuan mereka berfikir.

Ah!

Jangan lah sampai aku mendoakan kalian ditimpa musibah disebabkan amarah ini. Natijahnya bukan hanya pada kalian, sebaliknya aku pun akan turut mendapat tempias.

Raya kali ini, kita berkorban lagi.

Tinggalkan sebentar rasa membara dalam hati, raikan dulu bersama keluarga tersayang.

Keluarga sajalah yang menjadi kekuatan pada waktu begini.

Selamat Hari Raya Aidiladha, walaupun sudab seminggu berlalu.

Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H


Sesi Outdoor

Sebenarnya tahun ni sakan juga kami buat persiapan baju raya. Maklumlah, sudah 3 tahun berturut-turut recycle baju raya yang sama. Lagipun, mengharap juga boleh beraya rumah adik-beradik.

Hancur harapan bila kerajaan yang entah apa-apa ini umumkan larangan ziarah-menziarah di hari raya. Walaupun pemerintah ini sudah tak relevan lagi, tapi arahan begini tak boleh juga diambil mudah. 

Tapi tetap juga kami melaram dengan baju raya. Paling tidak-tidak, di laman rumah sendiri.

Jadilah.

Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H
Salam Aidiladha 1442H

Kita jaga kita, ok?







Reactions

Post a Comment

0 Comments