Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak

Baru-baru ini kami ada urusan di Parit Buntar, menguruskan hal rumah yang mahu dijual. Urusan tak lama pun, tapi alang-alang tu kami ambil keputusan untuk terus bermalam di sana. Pilih punya pilih, kami ke Taiping.

Hotel kami, betul-betul di hadapan Taman Tasik Taiping.

Ini kali kedua saya datang ke sini. Pertama kali dulu cukup kami enam beranak, kali ini hanya kami bertiga (sudah tentu dengan si bongsu). Puas jugalah dapat merayau keliling separuh (atau suku) taman. Memang lah damai dan tenang. Beruntung betul orang Taiping.

Kami tiba waktu sudah petang. Orang ramai dah mula ramai di sekeliling taman. Sesak juga, banyak kereta. Selesai urusan check in dan solat, kami pun turun mahu berjalan keliling taman.

Cantik betul.

Tasik yang merupakan bekas lombong timah ini dikelilingi pokok-pokok besar yang berusia mungkin melebihi 100 tahun. Ada sebatang yang sudah rebah, namun tetap hidup berjasa pada bumi. Dahannya yang melintang di tengah jalan, ditampung dengan tiang besi. Musykil juga, kenapa tak ditebang saja? 

Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak
Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak
Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak
Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak
Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak
Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak

Makan Malam Di Lake View Hotel

Oleh kerana kami turun sudah agak lewat dan cuaca semakin gelap, terus saja kami berhenti makan malam di lapangan makan di hadapan bangunan terbiar Lake View Hotel. Agak angker, apa lagi suasana sekeliling yang agak redup dengan bayang pokok rendang Taman Tasik Taiping.

Pedulilah.

Isi perut dengan pelbagai pilihan makanan yang ada, kemudia terus saja kami ke hotel.

Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak
Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak

Ngauman Harimau Mengejut Pagi

Selesai sarapan, sekali lagi kami turun ke tasik. Kali ini kami berjalan kaki mungkin separuh (atau suku) taman yang berkeluasan 64 hektar. Memang meriah dengan pelbagai aktiviti orang ramai seperti berjogging, taichi, zumba dan sudah tentu, saya sibuk merakamkan gambar sekeliling.

Auummmmmm!!

Hoi!

Ada harimau mengaum. Seram juga memikirkan, kot lah ada harimau yang terlepas dari kandang zoo bersebelahan. Suasana hutan di taman tasik ini memang terasa betul, jadi sudah tentulah fikiran yang bukan-bukan singgah di fikiran bila terdengar bunyi ngauman harimau tu.

Tapi Hafiz, jadi semangat nak mencari dari mana datangnya bunyi. Bukan main. Ikutkan saya mahu bawa dia ke Zoo Taiping pagi tu, tapi tak jadi sebab mahu segera pulang ke Gombak. Lain kali ya Hafiz. Kita pergi cukup enam beranak.

Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak
Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak
Seiring Dan Sejalan Di Taman Tasik Taiping, Perak

Kenangan Mac 2019

Setahun sebelum tu kami pernah singgah ke Taman Tasik Taiping ini. Tak tahu ke mana, kami berhenti saja di tepi jalan. Dapat jugalah merayau-rayau melihat sekitar. Yang tak boleh tinggal, tentulah sesi bergambar kami enam beranak.

Trivia

  1. Taman Tasik Taiping merupakan bekas lombong yang diusahakan oleh Kapitan Chung Thye Phin.
  2. Beliau mendermakan bekas lombong ini kepada pihak British untuk dijadikan sebagai taman awam.
  3. Idea untuk menjadikan tasik ini sebagai taman datang daripada Kolonel  Robert Sandilands Frowd Walker.
  4. Taman Tasik Taiping ini berkeluasan 160 ekar, merupakan tasik rekreasi awam yang pertama di Malaysia.
  5. Di sekeliling tasik ini ditanam dengan pokok Hujan-hujan / Golden Rain Trees dan pokok Angsana.
  6. Taiping juga merupakan kawasan yang paling banyak menerima taburan hujan setahun (320 hari).

Reactions

Post a Comment

0 Comments