1.
Buku ini terjemahan daripada bahasa Jerman, kalau tak silap. Atau Perancis.
Wallahulam.
2.
Ada 10 keping surat tulisan Rainer Maria Rilke, penyair terkemuka pada
zamannya kepada seorang pemuda bernama Franz Xaver Kappus.
3.
Kappus, mungkin peminat Rilke, mengumpulkan surat-surat balasan Rilke
kepadanya bermula dari tahun 1903 sehingga 1905.
4.
Intipati surat Rilke lebih banyak kepada nasihat dan falsafah mencari maksud
kehidupan, memahami kitaran dan proses yang berlaku dan memberi makna kenapa
sesuatu itu terjadi.
5.
Buku ini bukanlah genre yang kena dengan selera bacaan saya, jadi agak sukar
untuk saya meneruskan pembacaan. Mujur, tamat juga selepas sebulan!
6.
Yang menarik saya untuk terus menyelak buku setebal 90 muka surat ini ialah
kesungguhan Rilke membalas setiap surat Kappus dengan penub tertib dan saya
fikir, sangat ikhlas dan bersemangat.
7.
Adab yang ditunjukkan oleh Rilke melayan surat peminatnya menjadi salah satu
daya penarik mengapa surat-surat beliau wajar dibukukan.
8.
Cuma timbul juga rasa ingin tahu, apa yang ditulis oleh Kappus kepada Rilke.
Kita hanya boleh mengagak-agak berdasarkan setiap keping surat balasan Rilke
dalam buku ini.
9.
Saya yakin, Kappus juga bukan calang-calang pemuda kerana "perbincangan"
mereka dalam surat nampak matang dan mungkin juga, ilmiah. Untuk tahun
1903-1905, saya rasa itu sangat hebat.
10.
Buku ini terbitan IBDE Ilham Sdn Bhd. Kalau ada yang boleh diperbaiki, mungkin
kulit buku dan juga memperenggankan setiap surat supaya lebih "bernafas" bila
membaca.
#sharulmembaca
#malaysiamembaca
0 Comments