Kata Pak Rhoma Irama;
Darah muda darahnya para remaja
Yang selalu merasa gagah
Tak pernah mau mengalah
Masa muda masa yang berapi-api
Yang maunya menang sendiri
Walau salah tak perduli
Darah muda
Dulu waktu zaman belum habis degree, sewaktu Siti Nurhaliza semakin popular dengan lagu Cindai, sewaktu filem-filem Hindustan semakin meningkat naik seperti Kuch Kuch Hota Hai; Malaysia dilanda zaman reformasi.
1998 permulaannya.
Waktu tu semua jadi celik politik, termasuklah kami mahasiswa tonggak negara nun terperosok di Sintokyo. Semangatnya berapi-api, sehangat hati dilamun asmara.
Internet baru nak berkembang waktu tu. Bila balik ke rumah untuk bercuti semester, gigih buka laman web tranung.net bersumberkan modem tet tot tet tot teeetttt untuk capaiab internet. Sesekali buka juga MIRC.
Semangat, kawan. Begitu semangat.
Dengan bertemankan seorang lagi sahabat, kami pusing keliling Gombak dan sekitarnya untuk menghadiri ceramah-ceramah yang membara.
Mahazalim. Mahafiraun. Hidup Anwar! Takbir.
Anak muda mahukan keadilan!
Cuma saya memilih untuk tidak hadir ke perhimpunan. Takut, mungkin. Dengan gas pemedih mata, dengan tangkapan yang tak kira siapa, terus-terang ada sedikit rasa gentar. Tapi, sebab paling utama saya fikir saya tak sukakan suasana yang sesak. Saya jadi lemas.
Hari ini selepas 20 tahun, saya melihat perkara yang sama masih berlaku. Anak muda berkobar-kobar semangatnya mahu menuntut yang hak.
Baguslah begitu. Perjuangan masih belum mati.
Sebab, satu hari nanti bila pakaian yang berkemuncup ini kau longgokkan bersama pakaian lain, habis terpalit sama kemuncup yang menyusahkan.
Hati-hati, dik.
Perlu lebihkan rasional berbanding emosi.
Yang berhimpun semalam (Sabtu, 31 Julai 2021), mohon kuarantin 14 hari, ya?
Jangan nanti ada kluster #perhimpunangagal.
_______
Samsung A52
+ Lensbong Nikon 35mm
+ Adobe Lightroom (preset)
0 Comments