OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu

Selesai ber OOTD di Pantai Kemasik, kami teruskan perjalanan ke Kuantan, Pahang. Sebelum tu, saya sempat lagi mencari lokasi menarik untuk kami singgah dan kami terjumpa satu lagi pantai yang tak pernah saya dengar sebelum ni.

Pantai Penunjuk di Kijal.

Oleh kerana masa masih banyak, kami terus saja mengikut arah yang ditunjuk oleh Google Map. Memang langsung tak tahu apa yang ada di sini.

Dari jalan utama, kami kemudian masuk ke kawasan perumahan (kampung) dan akhirnya tembus ke pantai. Dari jauh nampak banyak pokok ru tinggi menjulang dan kami parkirkan kereta di tepi jalan.

Cantiknya!

Saya tak "teruja" melihat pantai kerana cuaca yang sangat panas waktu tu, tapi lebih seronok melihat deretan pokok ru yang menghiasi tepi pantai.

Memang sesuai sangatlah ber OOTD.

Selama ni saya nampak perkongsian orang di FB gambar-gambar suasana begini yang ada di Kelantan. Saya lupa nama tempatnya. Atau pun, di Pulau Jeju, Korea Selatan. Memang menarik, dan tak sangka suasana yang sama ada di Pantai Penunjuk ni.

Memang tak bergerak ke mana-mana dah.

Bergambarlah kami anak-beranak di sini sepuasnya.

OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu
OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu
OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu
OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu
OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu
OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu
OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu
OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu
OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu
OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu
OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu

Nak datang lagi?

Wallahualam.

Hanya masa yang menentukan.







Reactions

Post a Comment

0 Comments