Satu pengembaraan yang menarik, ke sebuah negara yang jarang kita dengar ceritanya. Bhutan bukan seperti negara lain yang terbuka mengalu-alukan kedatangan pelancong. Sebaliknya, ada kawalan daripada pihak kerajaan supaya tidak ada unsur luar merebak ke dalam kehidupan rakyatnya.
Cantik!
Begitulah pelancongan sepatutnya. Pelancong harus menikmati negara itu mengikut jati dirinya sendiri. Mengikut acuan sendiri. Barulah orang luar kenal dengan identiti negara.
Malaysia perlu belajar strategi ini. Atau mungkin, diperkukuhkan lagi. Adat, budaya yang ditonjolkan lebih banyak perlu bercirikan tempatan. Kalau semuanya mahu berkiblatkan barat (atau katanya moden), apa istimewanya negara kita sendiri.
Cerita kembara ET ke Bhutan ini mengingatkan saya dengan strategi Homestay Haji Dorani di Kuala Selangor. Pengunjung/penginap berpeluang menikmati gaya hidup orang tempatan seperti meranduk ikan di sawah dan lain-lain aktiviti.
Buku setebal 118 mukasurat ini tak cukup sebenarnya untuk menceritakan tentang Bhutan, tapi memadai untuk kita berkenalan dengan negara bersempadan dengan China dan India ini.
Bak kata penulis, kalau boleh seumur hidup biarlah sekali dapat menjejak kaki ke sana.
Saya teringin!
Tapi memandangkan kosnya yang tinggi, hmmm, kena fikir banyak kali juga!
#sharulmembaca
#malaysiamembaca
0 Comments