Gigih Ke Taman Saujana Hijau, Putrajaya Untuk Bergambar Dengan Yang Tersayang

"Tak ada. Kami balik kampung."

"Ha'ah. Kami kat kampung lagi. Minggu depan lah datang."

Ah!

Semuanya balik kampung. Hari raya kedua, saya sudah terpisat-pisat tidak tahu apa lagi yang boleh dibuat. Rumah mak dan abah saya, hanya berjarak 800 meter dari rumah. Adik-beradik mak pun, tinggal di sekeliling rumah sahaja. Adik-beradik abah, hanya ada seorang sahaja lagi, Busu. Raya pertama Busu sudah datang ke rumah abah untuk beraya.

Ayah mertua pula sudah tinggal bersama kami lebih dua tahun.

Pendek kata, raya kami "habis" pada hari raya pertama lagi.

Raya kedua, sudah mati akal.

Tahun lepas, kami "beraya" di Melawati Mall. Tahun ini, kami buat cerita pergi bergambar raya di Putrajaya!

Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Mulanya, cadangan spontan saja. Adik dan kakak ipar pun mahu beraya di Gombak, jadi kami menyusun aktiviti untuk hari raya seterusnya. Kebetulan, saya baru saja melihat gambar-gambar photo shoot raya oleh seorang rakan di FB. Kata adik ipar saya, lokasinya di Taman Saujana Hijau, Putrajaya.

Kata saya, jom.

Kata isteri saya, jom.

Maka jam 10.00 pagi hari raya kedua, kami enam beranak bersama dua ipar saya sudah menjajah taman yang terletak di Persint 11, Putrajaya.

Sedikit maklumat berkaitan taman ini;
  • Luas taman ini ialah 47 hektar.
  • Waktu operasi; 7.00 pagi hingga 7.00 petang setiap hari (termasuk cuti umum)
  • Terdapat tiga astaka di sekitar taman ini yang berkonsepkan Inggeris, Oriental dan Eropah. Puncak tertinggi taman ini terletak di Astaka Eropah.
  • Menawarkan pemandangan hampir 360 darjah persekitaran Putrajaya.
  • Sumber; http://www.ppj.gov.my/

Kami tak pasti di astaka mana kami bergambar hari itu, tapi yang saya ingat kami masuk ke taman melalui loji air. Selepas pondok pengawal, kami bergambar terus di situ.

Oleh kerana kami berbaju raya yang sedikit sebanyak membataskan pergerakan (panas) dan melayan karenah si bongsu juga satu cabaran tak tertanggung, maka kami bergambar hanya di astaka pertama sahaja.

Sakan!

Taman Saujana Hijau, Putrajaya Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Empat Ha Kesayangan

Taman Saujana Hijau, Putrajaya Taman Saujana Hijau, Putrajaya Taman Saujana Hijau, Putrajaya Taman Saujana Hijau, Putrajaya Taman Saujana Hijau, Putrajaya


The Ipars

Taman Saujana Hijau, Putrajaya Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Pasangan Nan Asyik Bercinta

Taman Saujana Hijau, Putrajaya Taman Saujana Hijau, Putrajaya Taman Saujana Hijau, Putrajaya Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Puas hati juga dengan hasil kerja sendiri. Hahahaah! Boleh lah, kita bukan jurugambar profesional. Ambil gambar sebagai hobi, sebagai kenangan.

Insya-allah. Ada rezeki, kami mahu ke sana lagi untuk bergambar dan beriadah.

Er!

Kalau saya caj RM50, untuk photo shoot awak dan keluarga / rakan selama setengah jam di sekitar Kuala Lumpur (dan Gombak), mahu? Kalau jauh sikit (ie; Putrajaya), tambah RM20. Harga pengenalan untuk fotografer baru nak up. Oh! Dapat softcopy gambar (JPEG) saja, minimum 20 keping. Kalau nak buat photobook, kita bincang.

Untuk lima pelanggan pertama sahaja.

Kalau nak, komenlah di bawah.





Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Salam en..cantik gmbar👍masih buat lg ke sesi bergmbr ni?

    ReplyDelete