Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi

Langkawi pernah disumpah Mahsuri menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Lewat tahun 90-an, barulah sumpahan berakhir dan nama Langkawi mula meniti di mulut pelancong tempatan mahupun luar negara.

Begitulah kata orang.

Namun tahun 2020 dan paling ketara tahun 2021, Langkawi "disumpah" lagi. Tiada pelancong, Langkawi dilanda kemarau ekonomi yang nyata. Banyak perniagaan yang "bungkus" akibat kebergantungan pada industri pelancongan.

Kami pun turut merasa tempias. Rumah dan bilik sewa satu persatu menjadi kosong. Penyewa yang kebanyakannya pekerja sektor perhotelan, seorang demi seorang pulang ke negeri asal disebabkan tiada pekerjaan.

16 September Langkawi kembali dibuka. Lega.

Saya teringat melihat keindahan pemandangan matahari terbenam di Pantai Kuala Muda, bersebelahan dengan lapangan terbang Langkawi. Waktu petang, meriah dengan pengunjung menikmati juadah seperti laksa dan rojak.

Setiap kali balik kampung, kami hampir tak pernah gagal untuk singgah ke sini. Kalau dulu sewaktu anak-anak masih kecil, kami bawa juga baju mandi. Pantainya berselut, tapi masih boleh lah buat rendam kaki.



Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi
Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi
Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi
Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi
Bergambar di tepi pantai selepas makan laksa



2008

Ini ketika kami masih berlima. Tahun 2008, pantai ni masih kurang pengunjung berbanding sekarang.

Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi
Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi
Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi
Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi
Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi

Tak sabar nak balik kampung!







Reactions

Post a Comment

0 Comments