Selamat Datang, Bangsa Pfizer!

Alhamdulillah, 5 daripada 6 ahli keluarga kecil saya sudah pun mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. 

Yang terbaru, dua anak dara kami mendapat dos pertama selepas kerajaan mula memfokuskan pada golongan remaja. Vaksin Pfizer, melengkapkan jenis vaksin utama dalam keluarga. Sudah ada AZ, ada juga Sinovac. Insya-allah, menjelang hujung bulan ni (Oktober), lengkaplah dua dos semuanya.

Tinggal sibongsu sajalah lagi. Masih belum dengar ura-ura suntikan untuk kanak-kanak di Malaysia. Kalau ada, Insya-allah Hafiz akan saya daftarkan juga.

Setakat semalam (5 Okt), sudah 88.4% golongan dewasa di negara ini yang sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin. Cukup 90%, kata KKM dah boleh rentas negeri.

Insya-allah. 

Tazabar!

Selamat Datang, Bangsa Pfizer!
Selamat Datang, Bangsa Pfizer!
Selamat Datang, Bangsa Pfizer!
Selamat Datang, Bangsa Pfizer!
Selamat Datang, Bangsa Pfizer!
Selamat Datang, Bangsa Pfizer!








Reactions

Post a Comment

0 Comments