Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya #2 (10 KM)

Saya bersahabat dengan Bampid sekitar tahun 2018, rasanyalah. Bermula dengan perkenalan di Facebook membawa ke alam realiti. Puncanya, kami dalam kelompok kaki travel yang sama. Bampid lebih "otai", kerap membawa rombongan ke Jepun untuk tujuan kembara. Tahun 2018 saya sudah nekad mahu ke Hokkaido bersama Bampid, tapi akhirnya saya ke Scotland.

Sampai hari ni, hajat saya mahu menikmati musim luruh di Jepun masih belum kesampaian.

Persahabatan kami masih terus. Tak terhenti walaupun dunia sudah menutup pintu sempadan untuk tujuan pelancongan. Entah bila dapat menjamu mata dengan daun-daun kuning, merah, coklat yang memukau, tiada siapa yang tahu.


Basikal Lipat

Saya jarang kayuh basikal di kawasan perumahan disebabkan kawasan yang berbukit dan laluan sibuk dengan kenderaan. Jadi bila Bampid ajak kayuh di Putrajaya dan "niatnya" ialah kayuhan santai, saya setuju. Sebulan yang lepas, saya ke Putrajaya juga bersama Bayam dan mengayuh sejauh 22 km dengan basikal lipat juga.

Penat! Saya tak bersedia sepenuhnya jadi selepas 4 jam saya sudah keletihan.

Jadi kali ini dengan Bampid, saya sudah "umumkan" saya tak larat untuk kayuh jauh lagi.

Setuju.

Hari Sabtu 27 Oktober 2021, kami bertemu di Putrajaya dengan basikal lipat masing-masing, dan lebih banyak berhenti bergambar untuk tempoh kayuhan lebih kurang 3 jam. Ahahaha! 

Kira latihan nak ke Hokkaido lah ni kan, Bampid?


Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya #2 (10 KM)
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya


Video Pendek Kayuhan Basikal Lipat

Tak plan pun nak buat video. Tapi dah namanya "fotografer", takkanlah nak biarkan moment pemandangan yang menarik terlepas. Sempatlah juga rakamkan gambar dan video buat kenangan.



_____
Video & gambar; Samsung A52
Photo Editing; Adobe Lightroom
Video Editing; Cap Cut







Reactions

Post a Comment

0 Comments