Menginap Di Homestay Sakura Villa Di Kampung Mesilou, Kundasang (Unit Blossom)

Oleh kerana dalam itinerari kami ada aktiviti mendaki Bukit Maragang, kami perlu berkumpul di checkpoint di Kg Mesilou, Kundasang pada jam 3 pagi! Jadi untuk mengelakkan terlepas dan memandu dalam keadaan gelap, saya cari penginapan yang berdekatan dengan checkpoint. 

Cari punya cari, kami memilih Sakura Villa yang boleh memuatkan kami berempat (kemudiannya bertiga). Harga satu malam agak mahal, RM300, tapi amat berbaloi. 

Untuk ke sini (Kg Mesilou) memang mencabar. Tak jauh pun dari Desa Dairy Farm, homestay ni terletak dalam perkampungan muslim. Untuk ke checkpoint berkumpul sebelum mendaki Maragang Hill, jaraknya 200 meter saja dari rumah. Untuk ke Sasodikon Hill, 1.6 km. Kalau mahu cari makan ke Kundasang, jaraknya 5 km. 

Cuaca memang sejuk sepanjang masa, walaupun waktu matahari terik. Awal pagi atau lewat petang, boleh lihat puncak gunung Kinabalu dari tingkap bilik ataupun di laman rumah. Romantis, kawan. 

Menginap Di Homestay Sakura Villa Di Kampung Mesilou, Kundasang (Unit Blossom)
Menginap Di Homestay Sakura Villa Di Kampung Mesilou, Kundasang (Unit Blossom)
Menginap Di Homestay Sakura Villa Di Kampung Mesilou, Kundasang (Unit Blossom)
Bahagian luar (pintu utama dan sisi) Sakura Villa


Bahagian Dalam

Homestay lengkap dengan kemudahan asas. Dapur lengkap dengan dapur gas, pinggan mangkuk, kettle, peti sejuk dan lain-lain. Peti sejuk pun ada. Kemudahan BBQ tersedia di luar. 

Bilik air bersih. Water heater pun berfungsi baik, jadi taklah dapat feeling macam Elsa. 

Do tingkat atas memang hanya ada satu bilik. Konsep terbuka, tak ada pintu. Katil Queen ada satu, dan 2-3 tilam untuk tempat tidur. Selimut disediakan. Towel hanya dua helai.

Persekitaran biasa-biasa saja, suasana kampung yang banyak homestay. Parkir mudah, depan rumah saja. Belakang rumah kami ada sebuah lagi homestay yang lebih besar.

Insya-allah, puas hati. Boleh ulang.

Menginap Di Homestay Sakura Villa Di Kampung Mesilou, Kundasang (Unit Blossom)
Bahagian dapur dan ruang tamu
Menginap Di Homestay Sakura Villa Di Kampung Mesilou, Kundasang (Unit Blossom)
Tangga ke bilik. Gambar bilik tak sempat ambil.
Menginap Di Homestay Sakura Villa Di Kampung Mesilou, Kundasang (Unit Blossom)
Pemandangan puncak Kinabalu dari bilik atas


Alamat Sakura Villa

Menginap Di Homestay Sakura Villa Di Kampung Mesilou, Kundasang (Unit Blossom)
Menginap Di Homestay Sakura Villa Di Kampung Mesilou, Kundasang (Unit Blossom)
Homestay yang lebih besar di Sakura Villa

Kalau di Google Map, boleh klik di sini.


Kampung Mesilou, Kundasang

Kalau ada masa terluang, boleh lah jalan-jalan di sekitar kampung ni, terutamanya waktu pagi atau lewat petang. Waktu tu, Gunung Kinabalu akan tersergam gagah perkasa tanpa ada awan yang melindungi.

Masya-Allah, pemandangan yang sangat agung. Jauh bezanya melihat dengan mata sendiri berbanding gambar dari kamera. Pergilah kalau berpeluang.

Kampung Mesilou, Kundasang sangat banyak homestay di sini. Kalau tak jumpa di Booking atau Agoda, boleh saja buka Google Map dan zoom in kawasan kampung. Pilih saja mana yang berkenan. Google Map bagus juga sebab banyak yang tinggalkan komen dan gambar hampir setiap homestay di sini.

Kedudukan kampung yang betul-betul bertentangan (kaki gunung) dengan Kinabalu memang menyajikan pemandangan terbaik pada waktu pagi dan lewat petang. Ditambah dengan cuaca yang baik, kau khayal boi menikmati keindahan gunung tertinggi di Malaysia ini.

Ada waktu senggang antara aktiviti, kami sempat merayau sekejap kawasan sekeliling. Waktu malam, tidak ada kedai kopi yang buka untuk lepak main dam aji. Itu pemerhatian kami setakat dua malam lah. Kedai runcit masih ada, jadi boleh saja beli jajan atau mi segera buat kudapan malam.

Untuk sarapan, ada 2-3 warung yang beroperasi. Juadahnya hampir sama setiap kedai; mihun goreng, mi goreng dan maggie goreng. Ada telur mata kerbau dan sosej. Kuih-muih tak semua warung ada, dan pilihannya tak banyak. Untuk mengalas perut, itu sudah cukup.

Waktu malam, Mesilou yang sibuk akan berehat. Tidak ada bunyi hingar karaoke, cuma sesekali asap BBQ rumah sebelah menusuk hidung.

Kampung Mesilou tenang. 

Saya suka.


Kampung Mesilou, Kundasang
Kampung Mesilou, Kundasang
Kampung Mesilou, Kundasang
Kampung Mesilou, Kundasang
Kampung Mesilou, Kundasang

Homestay Sakura Villa Video Tour

Kalau mahu lihat suasana homestay Sakura Villa ini, boleh lah tengok video yang saya kongsikan di youtube ini.


Selamat menonton.






Reactions

Post a Comment

0 Comments