Makan Scones Di Sabah Tea Garden, Ranau

Selepas bermain ikan di Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti, kami memandu ke destinasi seterusnya yang hanya terletak bersebelahan; Sabah Tea Garden.

Sewaktu ke sini pertama kali dulu, memang Sabah Tea Garden ada dalam senarai 'mesti pergi'. Tapi apakan daya, itinerari yang agak padat menyebabkan kami terpaksa skip untuk segera ke destinasi yang lain.

Alhamdulillah, kali ini kami berpeluang menjejak kaki ke Sabah Tea Garden yang menjadi kebanggan rakyat Sabah.

  1. Terletak berhampiran dengan Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti.
  2. Jarak dari Kundasang lebih kurang 50 kilometer, mengambil masa 1 jam pemanduan.
  3. Tidak ada sebarang bayaran masuk dikenakan.
  4. Sekiranya mengharapkan suasana ladang teh di sini seperti di Cameron Highland, Pahang, mungkin anda akan kecewa. Jauh berbeza. Cuaca panas terik sewaktu kami di sana.
  5. Sebaik tiba ke kawasan utama Sabah Tea Garden ini, ada kafe untuk kita nikmati makanan ala barat. Kami mengambil scones (perisa teh) yang dimakan bersama jem buah. 
  6. Berhampiran kafe ada beberapa tarikan seperti replika teko teh dengan 'mangga cinta', satu budaya yang saya tak faham sampai hari ini. Ada juga titi gantung (dengan bayaran) dan pengunjung boleh turun ke ladang teh berhampiran untuk bergambar. Ada rezeki, boleh nampak Gunung Kinabalu.
  7. Kilang teh sudah tidak beroperasi.
  8. Ada beberapa lagi tarikan lain dan kami tak berminat untuk meneruskan perjalanan disebabkan cuaca panas terik. Boleh dapatkan map Sabah Tea Garden ini di kaunter kafe kalau mahu menjelajah keseluruhan kawasan.
Saya rasa Sabah Tea Garden ini boleh saja dilawati untuk bersantai minum teh. Macam kami, selepas bermain ikan boleh lah melepaskan lelah menikmati air sejuk dan makanan ringan untuk mengisi perut. Kalau mahu aktiviti lain (sekali lagi, seperti di Cameron Highland), mungkin perlu dipertimbankan semula.

Harap-harap Sabah Tea Garden boleh perbanyakkan promosi/tarikan lain. Sayang kalau terbiar sepi begitu.


Makan Scones Di Sabah Tea Garden, Ranau
Makan Scones Di Sabah Tea Garden, Ranau
Makan Scones Di Sabah Tea Garden, Ranau
Makan Scones Di Sabah Tea Garden, Ranau
Makan Scones Di Sabah Tea Garden, Ranau
Makan Scones Di Sabah Tea Garden, Ranau


Suasana Di Sekitar Sabah Tea Garden, Ranau









Reactions

Post a Comment

0 Comments