[Ulasan Buku] Gunung Tambuyukon: Kembara Umpama Menganyam Kelarai

Tambuyukon, terus-terang ini pertama kali saya dengar nama gunung ni. Gunung yang ketiga tertinggi di Malaysia, selepas Kinabalu dan Trusmadi. Dan Tambuyukon ini juga di Sabah.

Saya membeli buku ini atas dua sebab; pertama sahabat saya Shamrie adalah salah seorang penulis, sekaligus turut serta dalam ekspedisi ini. Kedua, buku berkisahkan adventure pendakian gunung memang dalam koleksi saya. Dan mendaki gunung juga adalah kegemaran saya sejak dulu, walaupun setakat gunung yang tak setinggi mana.

Gunung Tambuyukon: Kembara Umpama Menganyam Kelarai
Buku Gunung Tambuyukon


Jadi apabila membaca pengembaraan lima orang sahabat ini, saya seperti turut serta dalam kisah mereka. Apa yang dilalui dan diceritakan, saya boleh bayangkan keadaan itu. Serangan pacat, pewai, hujan dan lecak adalah kenangan 'manis' bagi pendaki gunung.

Tambuyukon bukan biasa-biasa. Untuk mendaki, hanya 9 orang saja dibenarkan (maksimum) dalam satu hari. Atau mungkin satu trip. Kalau mahu naik, kena tunggu trip terdahulu pulang barulah boleh masuk. Fahaman saya begitulah.

Jarak 14 km (sehala) sangat banyak cabarannya. Bukan tidak ada yang terkorban nyawa, atau hajat tak kesampaian untuk ke puncak, tapi pengalaman lima sahabat ni sangat mahal untuk kenangan hidup. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Berbanding buku pertama yang saya beli (Gunung Trusmadi), kali ini penceritaan lebih baik dan membuatkan kita tertunggu-tunggu apa seterusnya. Buku setebal 124 halaman dengan gambar berwarna-warni yang menarik, tak mengambil masa yang lama untuk ditamatkan.

Komen saya seperti buku yang pertama juga, perenggan dan jarak baris yang rapat membuatkan buku kelihatan seperti buku laporan. Dan 124 muka surat untuk catatan lima orang penulis agak pendek, tapi entah kenapa saya rasa 'just nice' berbanding buku Trusmadi dengan 6 orang penulis dan hanya ada 67 mukasurat.

Tahniah kepada Sham, Za, Ustaz Wadi, Raime, Hairi dan sudah tentu, pemandu arah dan porter yang berjaya ke puncak. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang agak 'rare' ini.

Tabik!







Reactions

Post a Comment

0 Comments