Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV @ Petaling Street, Kuala Lumpur

Saya selalu follow orang-orang di Instagram dengan kriteria-kriteria tertentu. Saya tak akan ikut sembarangan, semata-mata untuk menambah bilangan follower. Saya tak kisah ada rakan yang sedikit (di media sosial), maka konsep follow-for-follow tak terguna pakai.

Salah satu pemilihan saya tentulah orang yang mempunya hobi yang sama. Saya ada tiga akaun Instagram untuk tujuan yang berbeza.

sharulnizam.photos, untuk hobi fotografi.

sharulnizam.travel, untuk koleksi gambar travel saya. Ini sync dengan Facebook Page Travelog Angkel Rul.

Dan yang lebih bersifat peribadi, sharulnizam.yusof. Yang ini saya setkan private, kerana lebih banyak perkongsian bersifat peribadi.


TKDNXV

Carilah di IG akaun yang menggunakan nama tkdnxv ini. Saya tak ingat sejak bila saya menjadi follower beliau, tapi saya sangat suka dengan gambar-gambar yang dikongsikan.

Lebih dikenali sebagai Abeden, kreativiti beliau menghasilkan gambar sangat memikat mata memandang. Gambarnya lebih bersikap realiti, maksud saya sangat mesra dengan persekitaran kita. Tidak ada manipulasi-manipulasi yang berlebihan, cuma permainan editing warna (daripada pandangan mata saya) yang selesa dipandang.

Beberapa kali beliau adakan kelas fotografi dan akhirnya pada 3 Julai 2022, saya berpeluang untuk menuntut ilmu terus daripada beliau.

Bertempat di Petaling Street, Kuala Lumpur, seramai 30 orang "pelajar" daripada latar belakang yang berbeza. Dibahagikan kepada beberapa kumpulan, kami bertebaran di sekitar Jalan Petaling yang turut dijoloki nama China Town. Dah lama saya tak menjejak kaki di sini, kali terakhir mungkin 20 tahun yang lepas.


Kelas AOS

Dengan lima tema yang ditetapkan, kami berkeliaran di bawah terik matahari mencari subjek yang bersesuaian. 'Kelemahan' saya kalau di dalam kelas begini ialah gambar saya sudah tidak lagi terhasil secara spontan. Terlalu skema mahu mengikut tema, outputnya tak begitu memuaskan hati. 

Tapi lupakan dulu tentang hasil, yang penting saya sudah faham beberapa rules dalam seni melihat (art of seeing). Itu yang mahu saya pelajari dan jujur saya katakan, memang susah mahu aplikasi teknik ini disebabkan saya sudah lama mengamalkan gaya mengambil gambar yang berbeza.

Pelan-pelan kayuh.

Belajar hari ni, takkan terus pandai hari ini. Ambil masa juga mahu mengasah kemahiran.

Tak apa.

Kita cuba.

Ini beberapa keping gambar yang saya rakam menggunakan kamera telefon Samsung A52. Ada juga gambar menggunakan Olympus OMD EM10 Mark II, cuma tak banyak.

Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV


Insya-allah, satu hari nanti mahu cuba street photography sendiri. Versi sendiri.







Reactions

Post a Comment

0 Comments