Ciri-ciri Kemurungan (Depression) Dan Anxiety

Ada beza antara kesedihan dan kemurungan. Tapi kesedihan adalah antara yang boleh membawa kepada kemurungan. Bagi orang yang kurang faham, sedih dan murung dianggap perkara yang sama. Walhal, kemurungan sangat merbahaya kalau dibiarkan tanpa rawatan yang berkaitan.

Semenjak kebelakangan ini, bilangan individu yang mengidap kemurungan semakin bertambah. Tuntutan hidup, gaya hidup, masalah di tempat kerja antara punca yang membawa kepada depression.

Yang membimbangkan, kita tak tak tahu pun sebenarnya kita memang sudah kemurungan namun ego menguasai, lalu usaha untuk mendapatkan rawatan ditolak tepi.

Hidup dalam penafian yang akhirnya membinasakan.

Saya terjumpa artikel/poster ini dikongsi di media sosial. Saya kongsikan semula di sini buat rujukan.

Ciri-ciri Kemurungan (Depression) Dan Anxiety


Ya.

Saya pun dilanda kemurungan. Hari ini (3 Ogos) saya mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar di Cheras. 

Doakan kesembuhan saya, kawan.







Reactions

Post a Comment

0 Comments