Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua

Dari awal lagi kami sudah tetapkan dalam itinerari percutian pendek di Terengganu ini, mesti singgah Pasar Payang. Kalau berjalan-jalan dengan keluarga, macam tu lah. Tempat untuk membeli-belah tak boleh tinggal. Wajib. Kita layankan saja lah, bukan selalu. 

Kali terakhir ke Pasar Payang ni rasanya tahun 2014. Waktu tu masih pasar yang asal, bangunan entah empat atau lima tingkat. Jenuh pusing keliling atas bawah mencari barang. Kemudian pasar ni dirobohkan, Pasar Payang pindah ke bangunan di seberang jalan, kemudian berpindah lagi ke bangunan yang kami singgah baru-baru ni. Bangunan besar ini seperti gudang, hanya satu tingkat. Luas dari depan ke belakang. Sudah tersusun mengikut jenis jualan. 

Pasar Payang sekarang ni pun, katanya sementara juga. Bangunan baru dalam pembinaan, di tapak pasar yang asal. Entah berapa kali pindah. Jenuh.

Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua
Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua


Seawal jam 8.30 pagi kami sudah parkir kereta berhampiran pasar. Mujur datang awal, kalau tak melilau nak cari tempat letak kereta. Sebaik saja masuk ke dalam pasar, kami terus ke bahagian pakaian. Misi mencari baju "batman" pun bermula. Eheh! Baju kelawar lah. Entah berapa pasang sekali beli. Saya pun cari juga lah tshirt Terengganu buat kenangan.

Kemudian kami merayau ke bahagian pasar jualan produk tempatan dan misi utama puan isteri hari tu nak mencari rempah ratus. Ramai menyebut suruh cari kedai Pokleh Rempah, mujur senang jumpa. Macam-macam jenis rempah jugalah dibeli.

Oleh kerana gudang ni besar sangat, mak dan abah menunggu saja di kerusi yang disediakan.  Kami anak-beranak sambung pusing keliling melihat-lihat jualan di bahagian lain. Letih juga nak berjalan, ditambah dengan kehadiran pengunjung yang semakin ramai.

Seronok berjalan di pasar macam ni. Selain boleh kenal produk tempatan terutamanya makanan, kita boleh lihat pelbagai karenah manusia yang berurus-niaga. Panggilan 'sayang' oleh pakcik makcik yang menjual mewujudkan suasana mesra. Biarpun orang kata bermulut manis sebab hanya mahu berniaga, tapi saya rasa tak semua peniaga mampu menjadi mesra sebegitu.

Pasar Payang hangat dengan senyuman pokcik mokcik yang come lote!

Pitih pun melayang-layang.

Heh!


Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua
Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua
Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua
Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua
Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua
Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua
Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua


Video Kedai Pasar Payang

Ini ada video kami seharian di Kuala Terengganu, termasuklah di Kedai Pasar Payang ini.









Reactions

Post a Comment

0 Comments