Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Puan isteri hantar mesej di Whatsapp, ada acara Road March bersempena peringatan Hari Polis Ke-215 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Oleh kerana kami pun dah lama tak ada apa-apa aktiviti dan dah lama tak outing bersama, saya pun bersetuju. Lagipun, adik puan isteri pun terlibat dengan aktiviti pameran di situ. Kita bagi sokonganlah sikit.

Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

30 Julai 2022, kami bertiga ke Dataran Merdeka dengan menaiki LRT. Kereta kami parkir di Sentul. Entah kenapa kalau masuk ke Kuala Lumpur, saya jadi blur dengan tempat parkir. Terutama sekali kalau ada acara besar yang menyebabkan ramai orang datang berkunjung. Jadi untuk elakkan pening kepala (dan kesesakan yang mungkin ada), kami berpakat naik pengangkutan awam saja. Sesekali, seronok juga.

Turun saja di Masjid Jamek, kami berjalan kaki terus ke Dataran Merdeka. Kamera Olympus sudah saya kelek, kamera video Insta360 One X2 pun sedia menjalankan tugas.

Hmmm... kenapa tak ramai?

Musykil juga, keadaan di Dataran Merdeka tak lah meriah dengan orang ramai. Saya rasa pada hari KL Free Car Day lebih sesak berbanding hari ni.

Agaknya, orang ramai tak tahu dengan acara yang berlangsung ni. Saya sendiri pun tak tahu nak jangkakan apa yang ada. Promosi agak kurang, melainkan iklan pembayaran saman lalu lintas dengan diskaun yang banyak untuk hari tu. 

Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Di stesen LRT Sentul

 

Kuda Berkawad

Tak ada pengumuman atau rujukan yang ada di sekitar dataran, jadi kami ambil keputusan untuk lepak saja di tepi padang. Tiba-tiba saja ada segerombolan pasukan berkuda membuat aksi di di satu sudut padang. Sempatlah saya rakam beberapa keping gambar dan video.

Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Pasukan berkuda


Pertunjukan Pentas Dan Pameran Aset Polis

Di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, ada pentas utama dan beberapa orang penyanyi mendendangkan beberapa buah lagu memeriahkan suasana. Boleh lah, sambil menyambil berjalan sebelah pentas melihat aset polis (kebanyakkannya pengangkutan) yang dipertontonkan kepada umum. Ada juga abam-abam polis yang segak dengan seragam bergaya macho lengkap dengan senjata. Moga-moga ada anak muda yang terinspirasi mahu menceburi bidang kepolisan ini.

Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Pertunjukan Payung Terjun

Yang paling gempak dan menjadi tumpuan ramai hari tu, tentulah acara payung terjun oleh enam (atau lima) anggota polis yang berani. Masing-masing mendarat di padang Dataran Merdeka dengan membawa bendera-bendera yang tertentu.

Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

 

Kami beransur balik menjelang tengah hari. Sempat juga kami singgah di bahagian food truck untuk mencari makanan mengisi perut yang kelaparan. Oleh kerana makanan tak boleh dibawa dalam LRT, kami berehat sekejap berhampiran Masjid Jamek menghabiskan makanan.

Alhamdulillah.

Seronok sesekali keluar macam ni. Tapi tak pasti kalau Hari Merdeka nanti, kami nak keluar juga. Maklumlah, Covid19 masih belum reda.

Tengoklah nanti.

Ini ada video sepanjang setengah hari kami di sana.









Reactions

Post a Comment

0 Comments