Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud. Lokasi Menarik Melihat Matahari Terbenam.

Kami meninggalkan Nohutu Ecotourism dengan satu lagi debaran perasaan yang mengujakan. Ke gunung sudah, ke sungai sudah, destinasi kami seterusnya ialah pantai dan pulau. Kiranya lengkaplah pakej nature kali ini.

Dalam perjalanan, kami rancak berbual sambil mata melingas ke kiri kanan melihat suasana kampung di Kota Belud. Tak banyak beza dengan tanah Semenanjung. Ada sawah padi, ada rumah kampung, ada bukit bukau. Sama. Cuma ada satu saja perbezaan yang ketara. 

Sungai yang luas, jernih dan bersih.

Tak tau lah di mana, kami berhenti di tepi jalan kerana teruja melihat jambatan gantung yang merentangi sungai. Seperti Jambatan Tamparuli, cuma saiznya lebih kecil dan memang "tergantung". Gayat juga, tapi tahu apa yang membuatkan saya berani berjalan ke hujung? Kerana sungainya yang luas, jernih dan bersih. Walaupun berada di atas sungai, saya tahu kalau dapat masuk ke dalam air yang mengalir itu rasanya pasti segar dan sejuk.

Saya jadi cemburu dengan orang-orang kampung di situ.

Kalaulah Sungai Gombak sebersih itu.

Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah


Aiskrim Gula Apong

Sebenarnya kami singgah sebentar di bandar Kota Belud untuk mendobi dan juga makan tengah hari. Nantilah, saya ceritakan dalam entri yang lain. Sebaik selesai urusan di sana, kami teruskan perjalanan ke resort tepi pantai kami untuk dua malam. Alang-alang, kami cari tempat apa yang menjadi tumpuan di sekitar Kota Belud. Sampailah terjumpa kedai aiskrim gula apong, kami pun singgah walaupun perut masih belum habis memproses nasi.

Apa ada hal. Bila mengembara, tenaga memang nak pakai banyak. Lagipun, bila lagi nak merasa makanan tempatan? 

Begitulah beralasan.

Kami ambil aiskrim ditabur Milo. Saya tak tahu apa perbezaan yang ketara, mungkin deria rasa masih belum kembali pulih selepas makan tengah hari tadi. Jadi, aiskrim gula apong dimakan begitu saja.

Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah


Hotel Dedsaan Beach Village

Kami tiba ke hotel Dedsaan Beach Village (Google Map) ini bila hari sudah sampai ke penghujung petang. Waktu di Sabah sebenarnya satu jam awal dari Semenanjung. Kalau kita jam 6 petang matahari masih terang benderang, di sana sudah pun hampir waktu Maghrib.

Nak dijadikan cerita, bilik yang kami tempah ini harga asalnya ialah RM480 untuk satu malam. Bilik Treehouse, ada dua katil Queen. Saya berhubung terus dengan pihak pengurusan hotel melalui Whatsapp, dan katanya bilik-bilik di hotel Dedsaan Beach Village ini ada promosi diskaun sebanyak 50% untuk tarikh pilihan saya. Total bayaran untuk dua malam hanya RM466.40, termasuk cukai.

Rezeki.

Barangkali disebabkan PKP baru saja ditamatkan, hotel ini kembali menghidupkan perniagaan yang tergendala selama dua tahun. Sewaktu kami ke sana, memang jelas kedatangan pelancong yang agak kurang. Atau, mungkin saja kawasan ini kurang dikenali. Wallahualam.

Untuk menghubungi pihak hotel Dedsaan Beach Village, gunakan maklumat berikut;

Whatsapp; +60 10-961 6838
Email: dedsaanbv@gmail.com
Laman web; www.dedsaanbeachvillage.com


Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah


Selesai berehat dan solat, kami pun berjalan-jalan ke tepi pantai tak sampai pun 10 meter dari bilik. Masya-allah, pantainya seluas mata memandang mengingatkan saya kepada pantai Parangtritis di Jogjakarta dulu. Bezanya ombak di pantai Kota Belud ini lebih 'jinak' dan sesuai untuk bermandi-manda.

Hambal dan Firan berjogging untuk mencukupkan steps harian, manakala saya yang kecanduan melihat matahari terbenam menunggu saja di tepi pantai. Tak puas bergambar dengan telefon kamera, saya guna pula kamera video Insta360.

Masya-Allah.

Memang saya benar-benar bersyukur dengan trip kali ini. Hampir di setiap lokasi saya dapat menikmati pemandangan yang sangat memukai mata. Matahari terbit di Maragang Hill, di Sosodikun Hill, di Nohutu Ecotourism dan kali ini, di pantai Kota Belud.

Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud, Sabah


Waktu untuk berehat. Esok, ada panggilan pulau untuk kami.








Reactions

Post a Comment

0 Comments