Jom Ke Teluk Penyamun, Berkunjung Ke Taman Haiwan Husin Fauzi Di Kuala Selangor

Ikutkan perancangan awal, selesai acara kunjungan di Kuala Selangor mahu naik ke atas menuju Sekinchan. Ada kedai runcit Ah Ma, ada galeri padi. Tapi bila melihat laluan di Google Map yang merah menyala dan masa diambil satu jam, kami pun menukar rancangan ke Taman Haiwan Husin Fauzi.

Ini baru.


Taman Haiwan Husin Fauzi

Saya hanya tahu tempat ini sehari sebelum kami ke Kuala Selangor. Taip saja "attractions in Kuala Selangor", berjujuk keluar tempat-tempat yang boleh kita pergi. Memandangkan anak-anak masih lagi belum jemu dengan haiwan (umur dah 9, 15, 17 tahun), maka terus saja ke sana dari Bukit Melawati.

Lucu juga nama jalan ke sini. Teluk Penyamun. Patut dah boleh tukar nama dah tu. Walaupun ada nilai sejarah, saya rasa tak ada masalah nak tukar. Macam Batang Berjuntai ditukar menjadi Bestari Jaya.

Taman haiwan mini ni terletak di kawasan kampung dan ladang kelapa sawit, jadi jangan pelik bila memandu makin jauh ke dalam. Kawasan parking pun depan rumah orang saja, dengan kawalan pekerja di sini. Percuma tanpa bayaran apa-apa.

Kami sampai sudah agak petang, tapi pengunjung masih ramai.

Waktu operasi Taman Haiwan Husin Fauzi;
Dibuka setiap hari, dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang

Harga tiket;
Dewasa RM12.00, Kanak-kanak RM7.00

Lokasi;
Klik untuk lihat map di sini.


Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor


Haiwan 'Rare'

Sebaik masuk ke dalam taman haiwan ini, kita akan melalui kawasan 'kafe' terlebih dahulu. Ada jualan air dan makanan cukup untuk mengalas perut. Kami terus saja ke dalam, dan ruangan pertama (dan kedua) menempatkan haiwan-haiwan kecil seperti tikus (?), arnab, meerkat, ikan, cicak, rubah artik dan juga ular.

Agak 'rare' juga sebenarnya. Menarik.

Masuk ke ruang utama (terbuka), lebih banyak haiwan yang ada di sini. Sama ada jenis peliharaan seperti kambing, lembu, kerbau balau (albino), ada juga yang liar seperti musang. 

Bagusnya konsep taman haiwan Husin Fauzi ni kita boleh mendekati haiwan dan boleh menyentuh mana-mana yang jinak. Ini bagus untuk kanak-kanak sebenarnya, nak menambah keyakinan mereka untuk berdepan dengan haiwan-haiwan yang selama ni hanya ditonton dalam skrin. Paling mudah, belikan makanan haiwan ni (satu bekas RM2.00), seronok tengok masing-masing berebut makan.


Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Kambing yang aneh dan kerbau balau


Bergambar Dan Memanah

Kakak Hanim kalau dengan haiwan ni, dia cukup minat. Yang paling 'unsangkarable', dia minta nak bergambar dengan ular. Walaupun itu anak ular (sawa), tetaplah abah geli-geleman. Tengok cacing pun dah boleh meremang bulu tengkok. Ini memang menurun perangai umi dia. Kalau Cik Milah, segala jenis serangga macam belalang, cengkerik, kumbang memang selamba je dia pegang.

Cayalah kakak. Moga hajat nak jadi doktor veterinar menjadi kenyataan.

Sebelum balik, sempatlah kami memanah. Untuk RM10.00, ada 20 batang anak panh diberikan. Adik yang menjaga tu sempat jugalah bagi tutorial cara memanah untuk orang yang pertama kali mencuba. Teruja masing-masing bila dapat tembak ke board sasaran, walaupun bukan bullseye. Eheheh! Jadilah buat seronok-seronok.

Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Kakak Hanim yang mesra haiwan
Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Taman Haiwan Husin Fauzi, Kuala Selangor
Tiga anak abah ummi memanah. Missing abang Haris


Tarikan alternatif Kuala Selangor

Memang dah banyak sebenarnya taman haiwan mini wujud di merata tempat. Dan selalunya taman haiwan mini ini lebih mesra pengunjung, di mana pengunjung lebih 'rapat' dengan haiwan yang ada. Memang tak sama konsep dengan zoo, tapi sekurang-kurangnya ada ciri yang sama. Daripada segi harga pun dah jauh berbeza.

Bagus juga ada taman haiwan Husin Fauzi ni. Ada juga alternatif lain kalau ke Kuala Selangor. Yang paling orang tahu, tentulah Bukit Melawati dan sawah padi di Sekinchan. Bila dah semakin banyak tarikan pelancongan sebegini, Kuala Selangor akan jadi lebih dekat kepada orang ramai.

Cuma pihak pengurusan Husin Fauzi mungkin boleh perbaiki sikit ruang pameran yang ada. Nampak agak malap di sesetengah bahagian dan ruangan agak sempit. Ada sesetengah haiwan mungkin perlukan ruang yang lebih besar seperti sangkar burung. Hari tu saya perasan balang kaca untuk cicak/iguana/biawak agak renggang. Bila-bila masa boleh terlepas. Jangan ular yang terlepas, sudahlah!

Tahniah taman haiwan Husin Fauzi. Semoga terus maju.







Reactions

Post a Comment

0 Comments