Menginap 2H1M Di Sipadan Inn 3, Semporna

Untuk dua malam di Semporna, kami ditempatkan di Hotel Sipadan Inn 3. Hotel ini setinggi 5 tingkat (lupa). Letaknya betul-betul di sebelah jeti Semporna, jadi mudah saja kami berjalan kaki  ke sana untuk aktiviti island hopping.

Bilik kami bertiga di tingkat 1, ada pilihan untuk menggunakan lift atau tangga. Bilik agak selesa untuk kami, ada satu katil single dan satu katil queen. Yang sibujang katanya dah besar, tidur di katil bujang lah. Dari bilik, boleh dengar bunyi bising di bawah. Tapi disebabkan keletihan, mudah saja kami terlelap.

Menginap 2H1M Di Sipadan Inn 3, Semporna
Menginap 2H1M Di Sipadan Inn 3, Semporna
Menginap 2H1M Di Sipadan Inn 3, Semporna
Menginap 2H1M Di Sipadan Inn 3, Semporna
Menginap 2H1M Di Sipadan Inn 3, Semporna


Di depan hotel ada 7-11, jadi mudah kalau nak cari barang-barang asas. Untuk makan malam, ada beberapa restoran dan kafe di tepian laut (belakang hotel). Untuk kami, semuanya sudah ditempah. Jadi makan saja sepuasnya. Teringat sup ketam berisi jagung, sedap betul.

Untuk sarapan pagi, kami berjalan jauh sedikit (tak sampai 300 meter pun). Dapatlah makan roti telur dengan kuah yang agak sedap. Pendek kata, orang cerewet makan macam saya tak menghadapi masalah untuk mengisi perut.

Malam terakhir, kami jalan-jalan sekejap dan singgah satu kafe untuk makan aiskrim.

Patutlah.

Balik ke Gombak berat jadi 92 kilogram!

Kah kah kah!







Reactions

Post a Comment

0 Comments