Honda ADV 160 Untuk Abah

Alhamdulillah.

Hajat ingin memiliki sebuah motor, menjadi kenyataan. Dimakbulkan tuhan. 

Jumaat 18 Ogos 2024, saya rasmi menjadi empunya sebuah motosikal skuter Honda ADV 160, warna merah menyala. Saat mula memulas pendikit, aspal Jalan Genting Klang menjadi saksi saya terkial-kial membawa pulang kuda merah itu.

Kebetulan, waktu itu sudah sampai untuk saya menjemput Hafiz pulang ke rumah. Jangkaan awal memang sebegitu, lalu helmet biru milik sibongsu saya bawa sedia.

Menghampiri sekolah, saya nampak kelibat kesayangan kami di seberang jalan. Dia juga memandang saya. Serta merta dia menjulang tangan ke udara, teruja melihat abahnya datang dengan sebuah ADV 160.

Alhamdulillah.

Nantilah saya ceritakan, kenapa beria benar saya mahu memiliki motor ini.

Honda ADV 160 Malaysia
Honda ADV 160 Malaysia
Honda ADV 160 Malaysia
Honda ADV 160 Malaysia
Honda ADV 160 Malaysia








Reactions

Post a Comment

0 Comments