Setelah berbulan-bulan, akhirnya buku ini habis saya baca!
1/
Buku ini "mudah" saja plotnya. Seorang pemuda yang sudah hampir ajalnya,
tiba-tiba mendapat peluang melanjutkan usia dengan perjanjian bersama syaitan.
2/
Ini mengingatkan saya pada filem Orang Minyak, lakonan P Ramlee (Si Bongkok).
Berjanji dengan syaitan untuk imbuhan duniawi. Cuma syaitan dalam cerita
(buku) ini ialah syaitan yang ceria dan memakai baju warna-warni. Kah kah kah!
3/
Untuk tempoh tambahan usia selama saru hari, pemuda itu harus memilih sesuatu
untuk dihilangkan dari dunia. Ada jam, wayang dan salah satunya ialah kucing.
4/
Kehilangan benda-benda ini hanyalah hilang secara fizikal, kenangan yang ada
bersama masih kekal dalam ingatan. Jadi sebenarnya kehilangan ini, bukanlah
hilang yang nyata.
5/
Setiap kehilangan itu, ada memori yang terpaut kepada sang pemuda. Ia tetap
sekitar ibu, ayah, bekas kekasih dan dua kucingnya; Lettuce dan Cabbage.
6/
Penulis buku ini banyak mengajar kita untuk "bermuhasabah" dengan makna
kehidupan. Sesuatu yang menjentik emosi dan fikiran kepada saya sebagai
pembaca.
7/
Kisah kenangan bersama ibu (walaupun kadang-kadang seperti berulang), hubungan
dingin dengan ayah, saat indah bersama Leetuce dan Cabbage, banyak mendominasi
penceritaan. Kisah keluarga. Kisah hubungan anak dan ibu bapa.
8/
Saya akui, permulaan buku ini sedikit perlahan dan membosankan. Masuk separuh
buku yang terakhir, barulah ada keseronokan dan keinginan untuk tahu lebih
lanjut.
9/
Terjemahan buku ini agak bagus, tapi kecewa dengan pemilihan beberapa
perkataan yang saya rasa tak bersesuaian. Apa benda lah guna perkataan
"gostan" dalam buku ni? Dan ada juga yang seperti "try hard" mahu menjadikan
bunyi percakapan lebih "up to date" mengikut lenggok bahasa zaman ini. Gunakan
sajalah bahasa/perkataan yang standard. Lebih sesuai dengan isi buku yang bagi
saya agak "serious". Kalau cerita "Kucing itu imamku", padanlah nak bahasa
"hip hop" bagai. 
10/
Buku ini perlu dibaca dengan tenang dan santai. Banyak pengajaran yang boleh
kita kaut keluar sebenarnya.
#sharulmembaca
#malaysiamembaca
0 Comments