Naik Tram Keliling Ladang Teh Di Cameron Valley Tea House 1

Hari ketiga, hari penamat percutian pendek kami lima beranak. Kakak Hanim masih di Kota Kinabalu, jadi tak dapatlah ikut sama. 

Kami keluar awal dari homestay, sekitar jam 9.30 pagi. Perancangan kami, mahu balik ke rumah mengikut jalan Ringlet - Raub - Bentong - Gombak. Kami tak mahu tersangkut dalam kesesakan di Brinchang, dan perjalanan mengharungi lebuh raya PLUS juga sedikit membosankan. Ikut jalan "dalam", lebih menyegarkan biji mata. Dapat juga melihat-lihat kampung orang.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah dulu ke ladang teh yang belum lagi kami pernah jejaki.


Cameron Valley Tea House 1

Sebenarnya dua minggu sebelum percutian ini, saya sudah pun sampai ke Cameron Valley Tea House 1 bersama kawan-kawan ride. Kami singgah di sini untuk berehat dan minum teh, tapi tak sempat turun melawat ladang di sebelah kafe. 

Lokasi dan pemandangannya menarik, ada air terjun kecil di bahagian lembah. Untuk turun, ada pilihan untuk naik tram atau berjalan kaki. Memandangkan lembahnya agak jauh ke bawah, saya tak rasa perjalan pulang nanti menyeronokkan. Mendaki oi!

Jadi dengan bayaran RM15 satu kepala, kami pun melompat masuk ke dalam tram yang comel berwarna merah. Perjalan tak lama pun, mungkin tak sampai 10 minit.

Di bawah ada juga kafe kalau mahu bersantai dengan ditemani bunyi sungai yang megalir. Kami hanya berjalan ke sana-sini mencari lokasi yang menarik untuk bergambar.

Lebih kurang satu jam, kami pun kembali menaiki tram untuk ke pintu masuk. 

Mungkin sekali ini sajalah kami ke sini (menaiki tram). Bukannya tak menarik, tapi aktiviti yang ditawarkan agak membosankan. Kalau datang lagi, sekadar melepaskan lapar atau haus, boleh dipertimbangkan.

Cameron Valley Tea House 1, Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House 1, Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House 1, Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House 1, Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House 1, Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House 1, Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House 1, Cameron Highlands


Pulang

Kami terus balik dengan perjalanan yang lebih menyeronokkan. Melepasi  Felda Sungai Koyan, Hafiz sekali lagi muntah mengeluarkan semua isi perut. Haih! Menurun perangai abahnya lah ni. Mabuk naik kereta.



Itinerari Percutian 3H2M Ke Ipoh-Cameron Highlands & Video

Klik di sini untuk melihat itinerari percutian 3H2M kami di Ipoh dan Cameron Highlands.

Saya kongsikan juga video kami semasa di Cameron Valley Tea House 1.










Reactions

Post a Comment

0 Comments