Semangat

Ada semangat yang sedang suram. Ada semangat yang berkobar-kobar.

Sekarang.

Merudum, kerana sudah semakin hilang ghairah bekerja di pejabat. Membuat sesuatu yang di luar bidang pengetahuan, tanpa peluang untuk memahami asasnya. Orang kata, ambil lah sebagai cabaran. Ya, benar. Tapi tetap ada hadnya.

Ah!

Lantaklah. Buat saja yang termampu.


Berkobar-kobar

Ahad lepas ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bersama anak-anak. Seperti biasa, beberapa buku sempat kami kaut. Dan sekarang, berkobar-kobar semangat mahu membaca buku-buku itu.

Bau helaian buku itu, aduh!

Enak banget!

Dan malam tadi, kakak Hanis buatkan abah comelnya ini penanda buku. Biasa sahaja, tapi tetap mengujakan abahnya.

Catatan Seorang Askar
Bacaan keempat semenjak ke PBAKL

Penanda buku daripada Hanis
"Hanis Sayang Abah Wow!" :)

Penanda buku Comel
Comel


Terima kasih, Nur Hanis.

:)








Reactions

Post a Comment

0 Comments