[Buku] Aku, Dia & Rezeki (Mohamad Feroz Mohammad Zaini)

Aku, Dia & RezekiAku, Dia & Rezeki oleh Mohamad Feroz Mohammad Zaini
Nilaian: 5 bintang
Terbitan: Legacy Publisher
ISBN: 9789671274477

Buku ini selayaknya mendapat lima bintang.

Usai membaca buku ini, aku terus terbayang insan-insan hebat seperti Syed Azmi dan William Cheah (antaranya) di rangkaian dunia sosial facebook. Mereka ini berkongsi hanya dengan perkara kecil dan sering dianggap remeh, tetapi ikhlas dan berniat baik, akan banyak jiwa yang suka dan gembira.

Balasannya? Ya, ada dalam bentuk material. Tapi yang paling aku "cemburu", bila insan-insan hebat ini "didoakan" oleh orang-orang sekelilingnya. Dikenali atau tidak. Siapa tahu, doa siapa yang makbul?

Malu betul bila membandingkan amalan diri.

Semoga bacaan ini bukan sekali lalu. Moga kekal dalam memori untuk panduan dan peringatan.

Dan selepas mencecah pertengahan buku ini, aku punya rasa bersalah yang besar.

Aku membaca buku ini secara "percuma" di MPH.

Maafkan saya, Abang Long.

Tapi saya berazam untuk membelinya juga. Untuk keluarga, atau untuk sahabat.

Semoga saya dan lainnya lebih jelas konsep rezeki ini.


Ulasan buku yang lain





Reactions

Post a Comment

0 Comments