[Ulasan Buku] Orang-orang Biasa Oleh Andrea Hirata

Orang-orang Biasa Oleh Andrea Hirata

Siap, tamat dibaca, kumendan!

Buku pertama untuk bulan Mei 2019. Penuh siap siaga aku, boi, membuka helai demi helai buku tulisan penulis kegemaranku sejak 2012 ini.

#1
Pertama kali, kumendan, kuberikan empat bintang untuk buku Andrea Hirata yang selama ini bukunya kuberi bintang lima.

#2
Ceritanya banyak, tapi temponya deras meluncur. Kisah 10 perampok, Inspektur Abdul Rojali, Sersan P. Arbi, Ibu Athikah, Dragonudin, Guru Akhir, Aini, kampret Mul; semua berebut mahu mencari perhatian pembaca. Mungkin, keramaian inilah yang dikatakan kisah Orang-orang Biasa seperti tajuknya.

#3
Mungkin cerita Inspektur Abdul Rojali yang berpendirian kukuh lebih menonjol, dan menjadi hero cerita OOB ini.

#4
Sebenarnya saya mengharapkan cerita 10 perampok lebih menyerlah, terutamanya Dinah dan Aini yang menjadi punca perampokan berlaku.

#5
Apa terjadi pada Ibu Athikah? Trio Bastardin dan Duo Boron? Ceritanya tergantung.

#6
Saya yakin ada mesej yang mahu disampaikan oleh AH melalui setiap watak (seperti Bastardin = Bastard? , Boron = Moron?), cuma kurang jelas dengan situasi yang mengelilingi AH.

#7
Seperti biasa, gaya penulisan AH tetap memikat. Personifikasi dalam penceritaannya memang tak terfikir dan selalunya melucukan.

#8
Orang-orang lugu sudah menjadi kemestian dalam setiap buku AH. Lugu, tapi membuatkan kita terfikir-fikir juga. Dan apabila lugu, cerita juga lebih berwarna. Aku suka sekali, bila Sobri berpantun ketika merampok, katanya gertakan bernuansa budaya lokal. Bukan main kau, boi.

#9
Kurang sedikit rasa puasnya kali ini. Mungkin kerana ada harapan tinggi menjangkakan buku ini boleh "menewaskan" buku beliau yang terdahulu.

#10
Boi, kenapa perlu 19 helai kertas kau bazirkan hanya untuk mencetak katalog buku Laskar Pelangi? Kenapa boi, kenapa?

Orang-orang Biasa oleh Andrea Hirata







Reactions

Post a Comment

0 Comments