Dialog Kecil Bersama Tambi

"Tambi."

...

...

"Tambi!"

"Apa? Sibuklah, kita nak tidur!"

"Nak tanya sikit ni. Marilah sini, kita sembang."

"Malaslah. Dari atas meja ni pun boleh dengar. Tak kuasa nak peluk-peluk. Busuk!"

"Eleh! Diva betul. Oklah, abah cakap dari kerusi ni Tambi dengar ya?"

"Hmm..."

"Macam ni... hmmm..."

...

...

"Apa dia? Asyik hmmm... hmmm... nak tidur pun dah tak ada mood. Kita dah lapar ni, nak pergi makan ikan rebus di dapur, umi masak pagi tadi. Cepatlah nak cakap apa? Nak kena cakar dulu baru nak cakap?"

"Amboi!"

...

"Begini, Tambi. Abah rasa, nak bawakan kawan untuk Tambi. Kesian Tambi duduk kat rumah ni seekor diri. Abah dah jumpa. Umur dia baru tiga bulan. Tambi boleh jadi kakak dia."

"Comel juga dia tu. Kulit dia warna oren, tompok putih di dada. Betina juga, boleh lah nanti Tambi latih dia pergi tangkap katak, burung, tikus semua tu. Tambi kan handal bab memburu ni."

"Tapi comel dia pun, comel lagi Tambi."

...

...

"Okay tak, Tambi?"

...

...

"Tambi?"

...

...

"Seekor je?"

"Ya. Seekor je. Dia empat beradik sebenarnya, tapi abah ambil satu je buat temankan Tambi."

"Hmmm..."

"Boleh ya, Tambi?"

"Boleh."

"Yeay! Terima kasih Tambi!"

"Tapi..."

"Tapi apa Bi? Ada syarat ke?"

"Tak. Cuma ada soalan."

"Soalan?"

...

...

"Kenapa ya, manusia suka pisahkan anak-anak kucing? Tambi dulu pun empat beradik, tapi berpisah dengan adik-beradik yang lain. Sekarang ni, kucing baru pun dipisahkan daripada adik-beradik dia. Ironinya, untuk temankan Tambi. Tak faham betul!"

...

...

Dialog Kecil Bersama Tambi


Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Catatan Bulan Ogos yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#augustblogpostchallenge #augustwritingprompts #tulistulissharul

Penulisan Kreatif #8 : Tulis cerita pendek menggunakan dialog sahaja.






0 comments:

Post a Comment

My Instagram