Menukar Domain Sendiri Untuk Akaun Blogspot

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga menukar domain sendiri untuk akaun blogspot yang satu ini. Jenuh juga, kali ini macam-macam karenah dan masalah. Waktu saya buat untuk petai.net dahulu, mudah saja. Langkah yang sama saja, tapi tak tahu kenapa kali ini banyak ragam.

Apa pun, sudah selesai.

Kini, alamat blog saya sharul.blogspot.com sudah bertukar menjadi sharulnizam.com.

Taiplah mana-mana pun, keduanya akan menuju ke laman web yang sama.

Menukar Domain Sendiri Untuk Akaun Blogspot

Kali ini saya merujuk pada posting dari laman web https://hackernoon.com/

Kenapa Saya Tukar Domain?

Sudah tentu, untuk branding. Saya mahu dilihat mempunyai kredibiliti apabila membuat posting di dalam blog. Sudah tentu ini memberi nilai tambah kepada diri saya.

Dan, penjenamaan yang sudah lama tertangguh ini juga bakal menjadi pemangkin kepada cita-cita yang seterusnya, untuk lebih serius dalam bidang penulisan.

Insya-allah.

Baik.

Dah tak boleh malas-malas. Cabaran Bulan Ogos saya sudah tertangguh 12 entri.

Eheh!

Caiyok!





1 comments

My Instagram