Rumah Melayu Melaka Kampung Morten

Saya bagaikan di awang-awangan melihat rumah melayu Melaka Kampung Morten yang berwarna-warni ketika bercuti ke sana tempoh hari. Memang antara impian saya (yang entah bila akan tertunai) ialah memiliki sebuah rumah panggung, rumah yang dibina berdasarkan ciri-ciri Melayu tradisional yang indah dengan kesenian dan kaya falsafahnya.

Kalau memandu di kawasan kampung di Negeri Sembilan mahu pun Melaka, mata saya mudah benar tergoda untuk melihat rumah-rumah tradisional yang megah berdiri di kiri kanan jalan.

Ada laman yang luas, ada pohon-pohon buah yang rendang meredupkan laman.

Ada pangkin di bawah pokok manggis, tempat bonda dan ayahanda bersantai petang hari menjamu secawan teh dan sepiring cucur pisang yang panas.

Ada Chemong si kucing kampung yang berehat kemalasan di pintu dapur.

Ada ayam yang sibuk mengais tanah mencari cacing.

Sesekali angin petang datang menggugurkan daun-daun kering pohon rambutan.

Alahai!

Entah bolehkah menjadi kenyataan?

Rumah Melayu Melaka Kampung Morten 1 Rumah Melayu Melaka Kampung Morten 2 Villa Sentosa Kampung Morten Rumah Melayu Melaka Kampung Morten 3 Rumah Melayu Melaka Kampung Morten 4 Rumah Melayu Melaka Kampung Morten 5 Rumah Melayu Melaka Kampung Morten 6

Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Cabaran Foto Blog Bulan September yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#septemberblogpostchallenge #septemberwritingprompts #tulistulissharul

Wordprompt #28 : Rumah.






0 comments:

Post a Comment

My Instagram