Seorang Lelaki Yang Tidak Dikenali

Waktu itu, saya dan isteri sedang berjalan-jalan di Ajyad Street selepas selesai menunaikan solat Subuh. Dengan kepala yang sudah botak pertama kali dalam hidup, saya menyangkut kamera DSLR yang besar di tengkuk. Hajat di hati, mahu merakamkan suasana di kota Mekah yang sentiasa sibuk dengan kehadiran umat Islam dari serata dunia.

Saya segan-segan berani mahu mengabil gambar. Maklumlah, street photography bukanlah "bidang" saya.

Entah dari mana munculnya, saya disapa oleh seorang pemandu teksi. Bukan main lagi dia menegur saya, sangat petah berbahasa Arab. Saya menjawab menggunakan bahasa Melayu.

Satu apa pun tak faham.

Akhirnya dia menunjuk-nunjuk pada kamera saya. Dengan gaya isyarat yang kami berdua fahami sendiri, rupanya dia mahu saya merakamkan wajahnya.

Wah!

Pertama kali dalam hidup, saya diminta untuk mengambil gambar oleh orang asing. Seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dia bergaya.

Comel.

Dengan gigi hadapannya yang sudah hilang entah ke mana, dan sebotol air mineral di tangan, dia bergaya dengan tawa yang paling manis.

Sungguh, memang manis!

Saya pun tertawa dengan keletahnya.

Seorang Lelaki Yang Tidak Dikenali

Kami bersalaman setelah selesai. Dia beredar pergi, saya pula terpinga-pinga memikirkan apa yang baru berlaku.

Kota ini, memang magis!


Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Cabaran Foto Blog Bulan September yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#septemberblogpostchallenge #septemberwritingprompts #tulistulissharul

Wordprompt #2 : Orang tak dikenali.






2 comments

My Instagram