Bunga-bunga Di Laman Rumah Nenek

Pagi tadi saya ke rumah nenek Hafiz untuk bersarapan bersama. Rezeki rumah dekat, dapatlah kerap bertentang mata dengan ayah bonda. Alhamdulillah.

Melihat, bertemu dan menyenangkan mereka, moga-moga dikurniakan pahala.

Selesai makan sebungkus nasi lemak berlaukkan pisang goreng panas, saya pun bergegas beredar mahu ke pejabat. Namun tersangkut di laman rumah mak yang meriah dengan bunga-bunga kembang.

Macam-macam warna.

Pelbagai jenis.

Saya tak tahu nama Melayu bunga-bunga ini, mahupun dalam bahasa Inggeris dan Hebrew.

Namun zaman internet ini, semuanya di hujung jari. Menggunakan bantuan Google Lens, dapatlah saya nama saintifik bunga-bunga ini.

Mudah saja, buka gambar bunga ini menggunakan aplikasi Google Photos, akan ada satu ikon untuk Google Lense di bahagian bawah. Tekan saja, dan keputusan yang tepat / hampir tepat akan diberi.

Kalau senang nanti, saya buat tutorial video.



Bunga-bunga Di Laman Rumah Nenek RuelliaMaurice Utrillo White Zinnia Purple Zinnia


______
Sharulnizam Mohamed Yusof
Selonggok Bunga

*gambar menggunakan Huawei P20 Pro
*editing; Adobe Lightroom dan Canva





1 comments

  1. Wah, baru saya tahu ada Google Lens, terima kasih tuan.

    ReplyDelete

My Instagram