[Ulasan Buku] The Hobbit Oleh J.R.R Tolkien

Sudah lama saya berimpian membaca buku trilogi Lord Of The Rings, namun Bahasa Inggerisnya sangat "old school" membuatkan buku saya terperap di almari sudah hampir 20 tahun. Semasa ke Pesta Buku Jakarta tahun 2018, saya ternampak buku The Hobbit versi terjemahan. Tanpa segan silu, saya ambil dan bayar.

1.
Buku ini (versi terjemahan Indonesia) setebal 348 muka surat, menggunakan bahasa Indonesia standard. Jadi, mudah untuk faham melainkan beberapa perkataan baru seperti Kurcaci bermaksud Dwarf, Peri untuk Elf. Perkataan Hobbit dan Goblin dikekalkan.

2.
Versi filem pula begini;
Muka surat 1-135; The Hobbit (An Unexpected Journey)
Muka surat 136-268; The Hobbit (The Desolation of Smaug)
Muka surat 279-348; The Hobbit (The Battle of the Five Armies)

3.
Ada beberapa watak yang tidak wujud (dalam buku), diwujudkan seperti Legolas dan Tauriel. Apa lagi babak percintaan antara Tauriel dan Kili. Ada watak yang hanya disebut nama dalam buku, tapi mempunyai screen time yang lama dalam filem seperti Radagast. Ada babak yang diceritakan dalam buku berlainan habis, seperti hal cincin yang bukan rahsia antara Bilbo Baggins dan kurcaci.

4.
Mudah kata, apa yang ada dalam buku banyak perbezaan dengan filem walaupun pengakhirannya masih sama. Itulah, satu buku pecah jadi tiga, memanglah perlu ditambah-tambah. Mujur tak masuk adegan lagu Hindustan menari di balik gunung, dan tiba-tiba goblin berkumpul menjadi penari latar. Kah kah kah!

5.
Ini membuatkan saya mahu membaca pula trilogi LOTR. Entah apa lah yang berbeza.

6.
Saya kagum dengan daya imaginasi dan kreatif seorang manusia bernama J.R.R Tolkien ini. Buku tulisan beliau ini hanya untuk anak-anak beliau sendiri pada mulanya, namun pada tahun 1937 buku ini diterbitkan di London.

7.
Entah kenapa kisah J.R.R Tolkien ini mengingatkan saya akan Allahyarham Tamar Jalis dengan buku Bercakap Dengan Jin. Kedua-duanya mempunya imaginasi yang hebat dalam menukilkan kisah pengembaraan yang epik. Saya hanya membandingkan kreativiti mereka, bukan jalan cerita yang sudah tentu jauh berbeza.

8.
Saya masih belum "berani" membaca buku-buku fiksyen (Bahasa Inggeris) bersifat adventure dan fantasy sebegini, walaupun setiap kali melalui rak fiksi di kedai buku hati bagai tergaru-garu mahu membeli. Mungkin, selepas ini tidak begitu lagi.

9.
Buku ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak. Tidak ada cinta cumbu rayu. 100% pengembaraan.

10.
Menonton filem sebelum membaca, atau membaca sebelum menonton memberi kepuasan yang berlainan.

Selamat membaca.

#sharulmembaca
#malaysiamembaca

The Hobbit Oleh J.R.R Tolkien





0 comments:

Post a Comment

My Instagram