Hafiz Yang Setia Menemankan

Waktu PKP adalah waktu memerangkap pergerakan bebas yang selama ini tidak begitu dipedulikan. Bila sudah terperuk dan terjeruk hampir 3 bulan, kewarasan akal mula terasa mahu menjerit meminta kemerdekaan.

Yang dewasa, masih boleh bertahan. 

Hafiz? Yang masih mentah berumur tujuh tahun sekarang sudah mula bersoal tanya bila mahu berjalan-jalan.

Kasihan si bongsu abah. 

Mujur ada "kelonggaran" untuk kami merayau-raya sekitar kawasan perumahan. Boleh juga ngebut naik motor ke rumah nenek yang jauhnya hanya 800 meter. Pulang ke rumah, singgah sebentar ke kedai mamak membeli aiskrim atau air Calpis kegemaran Hafiz. 

Atau, ke tanah lapang di atas bukit meneman abah mengambil gambar. Dan semalam, sudah kuat untuk berjogging beberapa pusingan di kawasan rumah mengeluarkan peluh. 

Hafiz, setia menemankan.

Terima kasih, sayang abah. 

Hafiz Yang Setia Menemankan
Hafiz Yang Setia Menemankan
Hafiz Yang Setia Menemankan
Hafiz Yang Setia Menemankan
Hafiz Yang Setia Menemankan
Hafiz Yang Setia Menemankan
Hafiz Yang Setia Menemankan
Hafiz Yang Setia Menemankan

Hafiz Yang Setia Menemankan
Hafiz Yang Setia Menemankan
Hafiz Yang Setia Menemankan
Hafiz Yang Setia Menemankan



p/s
Gambar diambil menggunakan Canon EOS 60D, lens 50mm F1.8 dan edit menggunakan Adobe Lightroom.






Reactions

Post a Comment

0 Comments