[Ulasan Buku] Komet Minor Oleh Tere Liye

1
Pada saat genting mahu ke Klan Komet Minor, perjalanan tiga sahabat ini dikhianati tanpa disangka. Namun bantuan muncul daripada Batozar tepat pada masanya.

2
Sama seperti setiap Klan yang lain, pengembaraan mereka tentulah menjelajahi seluruh pelusuk Komet Minor yang penuh dengan pemandangan dan tamadun yang lebih maju.

3
Ia menjadi lebih seru dengan watak Batozar yang menjadi guru kepada Raib, Seli dan Ali.

4
Perkembangan dan kemajuan kuasa tiga anak muda ini, terutamanya Seli menjadikan jalan cerita yang lebih menarik.

5
Seperti buku-buku terdahulu, Tere Liye sempat memasukka n beberapa fakta tentang kehidupan dari dunia nyata dan bijak memainkan fakta itu untuk menerangkan perkara yang berlaku dalam pertualangan mereka.

6
Tere Liye turut menulis dan menjadi pembaca dalam masa yang sama. Ini jelas setiap kali saya mempersoalkan logik plot-plot tertentu, tahu-tahu sudah ada penerangan yang membuatkan kita tak mempersoalkannya lagi. Memang penulis yang bagus!

7
Namun dalam buku ini ada bahagian yang saya kurang gemar, ketika mereka berjumpa dengan "Lady Oopraa". Tidak dapat tidak, saya terbayangkan pengendali rancangan bual bicara terkenah Oprah Winfrey. Aduh! Di klan yang serba maju, namun ada bahagian yang "meniru" gaya hidup di bumi. Siap ada "followers" dan "like" seperti media sosial.

8
Memang ada nasihat-nasihat di celah tulisan beliau, namun dari segi penceritaan saya rasa segala kemajuan dan kepesatan hidup dunia yang maju beberapa ribu tahun ke hadapan (dari bumi) menjadi seolah-olah biasa saja dengan "gaya hidup" orang bumi. Ini pandangan peribadi saya saja.

9
Namun ia tetap menjadikan keseluruhan jalan cerita baik.

10
Oh ya! Perseteruan antara tiga sahabat (bersama Batozar) menentang Si Tanpa Mahkota sudah berakhir. Ya, penjahat buruan semua klan itu akhirnya tewas namun tidak dibunuh kerana Raib mahu memberikan hukuman yang lebih setimpal.

Wah! Walhal masih ada dua buah buku lagi berbaki dari siri ini. Cerita apa pula bakal dikongsi oleh Tere Liye? Aduhhhh... keren banget!

Komet Minor Oleh Tere Liye

p/s
Baca ulasan buku-buku Tere Liye yang lain di sini.





0 comments:

Post a comment

My Instagram