Saya pun begitu juga. Mungkin saya agak kronik, sebab saya dah masuk dalam kategori pendarahan dalaman. Merembes-rembes darah keluar di hidung, telinga dan juga mata. Tapi saya "bijak". Saya tau cara mengelakkannya. Saya tahu bagaimana untuk mengelak dari mengalami situasi itu lagi. Jam 8 malam, waktu kritikal itu, saya segera membuat aktiviti2 yang boleh melalaikan saya dari terkena aroma muntahan itu. Saya akan bersama2 dengan Haris mewarna buku warnanya. Saya akan bersama Hanim menelek buku-bukunya. Atau pun, saya bergurau senda bersama dengan Hanis. Errr.. dengan isteri saya pun saya bergurau jugak, sambil bermanja-manja.
Ternyata cara saya itu memang terbukti berkesan.
Namun saya musykil, kenapa badan saya bertindak balas demikian. Mungkin saudara-saudari boleh mencuba.
Cuba bukak tv saluran kerajaan B dan kerajaan N. Jam 8. Semua channel.
Adakah anda mengalami situasi yang sama?
0 Comments