Minggu akhir bersekolah

Malam tadi pulang dari opis agak lewat. Peluang untuk bertemu CEO syarikat yang baru, dipergunakan sebaik mungkin kami sekumpulan. Boss mahu pastikan anak2 buahnya bertemu dengan big boss. Untuk "masa depan", katanya. Maksud tersirat.

Bermula jam 5, melarat sampai jam 10. Penat.

Tamat diskusi, segera pulang ke rumah. Semenjak merempit, masa di atas jalan memang pendek. Tempoh hayat nyawa pun boleh pendek kalau tak kena gaya. Ehehehe! Berserah saja pada Allah.

Sampai di rumah sudah 10.30 am. Isteri tersayang menyambut di pintu. Datang si sulung menyusul di belakang. Aku ke bilik, dia mengikut. Dari segi lagak gaya, rupanya ada yang mahu dibicarakan.

Kesian Haris. Mesti penting. Kalau tak, jam 10 lagi sudah nyenyak tidur di bilik.

Selalunya macam itu lah Haris. Kalau ada sesuatu yang mahu diberitahu, memang akan ditunggu abahnya pulang. Selagi tak dikhabarkan, selagi tu dia gelisah. Malam ini pulak, abahnya pulang lambat. Haris setia menunggu.

Seelok terlabuh pungguh si abah di katil, Haris memula bicara.

"Abah, cikgu ada bagi surat."
"Surat? Surat apa?"

Dah ku agak. Selalunya kalau dia excited semacam, mesti ada berita dari sekolah.

"Surat ambik gambar. Nanti cikgu nak ambik gambar abang. Abah kena bayar!"
"Kena bayar? Taknak lah, abah takde duit"
"Haaaa! Abah bayar la, nanti cikgu tak ambik gambar abang"

Haris buat muka kesian dia. Comel ada, sedih ada. Aku "kalah".

"Ok. Esok abah bayar. Abang pegi tidur dulu"
"Ok"

Haris. Sedar tak sedar dah setahun bersekolah. Pra tadika. Setakat setahun ni, rasanya tak sampai 3 kali dia cari jalan ngelat nak ponteng. Ehehehe! Itu pun ada alasan yang "kukuh" untuk dia ponteng.

Tahun depan Haris sekolah lagi. Dengan Hanim.

Isskkk... anak2 aku dah besar lah!





Reactions

Post a Comment

0 Comments