Tapi itu hanya dongengan kanak-kanak.
Di sebuah rumah, dalam bilik tidur, jam 10 malam. Si ibu mahu menidurkan si kecil. Tapi di luar, katak dan cengkerik bersahut-sahutan. Barangkali haiwan-haiwan kecil itu berpesta meraikan hujan yang turun.
Si kecil barangkali sudah kerap mendengar bunyi cengkerik, tapi musykil dengan suara katak. Kepada si ibu si kecil bertanya;
"Ummi, tu bunyi apa tu mi?"
"Ohh.. Itu bunyi katak."
Si ibu menjawab tenang. Anak-anak ada rasa ingin tahu, jadi yang dewasa perlu memberitahu.
Si Kecil mengangguk faham. Tapi rasa ingin tahu tetap membuak. Mungkin dalam fikiran terbayang kisah putera sang katak.
Si Kecil bertanya lagi, mahukan kepastian. Ada desakan untuk mahu tahu lagi.
"Ohh.. Itu bunyi katak gosok gigi eh ummi?"
Huuuu.. Sampai camtu sekali imaginasi si Hanis! Camana nak respon? Aduuu laaa...
0 Comments