Aku pernah, dan kadang-kadang masih tergolong dalam golongan ni. Seingat aku, aku mula "berani" imamkan solat masa aku dah masuk universiti. Maksudnya masa umur 20 tahun ke atas. Itu pun untuk solat Zuhur ngan Asar. Yang lain-lain tu bacaan kena kuat, malu. Ehehe!
Jom kita senaraikan alasan-alasan yang selalu digunakan.
1- Tak tau nak berzikir lepas solat. Nampak tak hebat kalau zikir pendek je.
2- Tak tau nak berdoa bahasa Arab. Baca bahasa Melayu nanti kena gelak.
3- Bacaan surah lazim lepas al-fatihah agak terhad pilihannya. Kalau tak "Qul hu allah", pilih "inna a'toina". Segan. Nanti orang ingat kita tak habis ngaji.
4- Biar orang yang tua/ dah kahwin je jadi imam. Yang muda nanti-nanti lah. Konon masih banyak peluang lagi.
5- Pakaian tak sesuai jadi imam. Pakai t-shirt ada gambar Cyndi Lauper. Habis, kalau tak jadi imam, boleh la pakai t-shirt tuh?
6- Tak reti. Ni yg paling kelakar. Jadi imam ngan makmum, paling berbeza pun masa niat. Yang lain-lain tetap sama. Mana ada rukun tambahan.
7- Bacaan masa solat kena perlahan. Wa dah biasa baca laju. Masa sujud, cecah je dahi kat sejadah wah terus naik. Kalau jadi imam tak boleh.
8- Wa merokok, tak sesuai jadi imam.
9- Perangai wa tak semenggah. Boleh ke?
10- Wa solat seminggu sekali je, ari Jumaat. Ini hari masuk surau sebab keluar ngan kawan-kawan. Jadi wa tak sesuai jadi Imam.
Dan kalau ikutkan banyak lagi alasan yang boleh dibagi. Punya lah berusaha mencarik alasan. Kalau dah solat pulak, seboleh mungkin carik ruang solat tepi dinding, takpun line belakang sekali. Bila dah dapat port tu, kebarangkalian "ditepuk" untuk jadi imam tu amat-amat tipis.
Ahahaha!
Tahukah anda, perbuatan anda yang takut ditepuk itu adalah kelakuan yang tidak matang, tidak bertimbang rasa kepada orang lain yang ingin ke ruang solat di hadapan, tetapi terpaksa mencari laluan alternatif kerana tidak ingin mendapat dosa melangkah di depan orang bersolat.
;)
Jom solat!
0 Comments