Ketagihan dan kecanduan aku kat Facebook agak kronik. Kronik mengikut definasi aku. Semenjak dah ada Blackberry, aku senantiasa berkoneksi dengan FB nih. Kadang-kadang tu bukan ada apa pun, tapi mesti nak jugak bukak FB. Nak tau perkara terkini, emosi terkini, umpatan terkini dan juga berita sensasi negara.

Dinilai-nilai balik tahap keperluan aku kat FB nih, taklah penting sangat. Tak penting lansung, mungkin juga. Dan makin hari, makin jelas ketidakpentingan FB ni.

Betul. Dengan FB kita dapat jumpa balik kenalan lama. Akupun sempat berunion dengan kawan-kawan sekolah, melalui FB. Makin hari makin bertambah kawan. Tapi, itu lah. Takat "add" saja, bersembang tak jugak. Berhubung secara nyata tak jugak. Yang memang dah kenal pulak, ada ketika malas nak jumpa, dah jumpa kat FB cukuplah.

Ruang peribadi pulak rasanya makin lama makan hilang. Semua cerita peribadi makin tersebar. Sudah mula pupus nilai-nilai eksklusif. Ada kawan-kawan yang bergaduh suami isteri, bercerai pun update kat FB. Haih!

FB menjadi ruang untuk mengajar individu menjadi attention seeker. Kan?

Aku nilai diri sendiri. Apa perlunya FB? Kalau perlu, aku kena tahu apa batasnya. Macam mana aku nak gunakan FB untuk memperbaiki diri, bukan untuk menjaja diri. Macam mana nak kembalikan nilai eksklusif? Macam mana nak segarkan kembali rasa malu?

Senang cakap, susah nak implement. Tapi Insya-allah, yang penting mesti ada permulaan. Kalau takat mengayat, takde action memang poyo. Gambar-gambar di FB aku dah keluarkan. Sikit sikit. Mungkin lepas ni gambar-gambar tertentu saja ada di FB.

Waktu untuk ber FB kalau boleh di luar waktu pejabat. Ini agak susah, tapi untuk permulaan aku akan cuba "berpuasa" 7 hari. Ada kawan pakat nak buat sama, tu yg ada semangat sikit.

FB ada kebaikannya. Cuma tak dipergunakan sebaik mungkin. Dalam tempoh "berpuasa" nanti, itulah masa terbaik untuk menilai keperluan FB.

Dengan ini saya mengumumkan pengunduran diri dari FB selama 7 hari, bermula dari hari Sabtu, 15/1/11 sampai Jumaat, 21/1/11 jam 12 malam.

Sokong lah saya.