Biasa dengar kan? Ayat mudah je, ayat pernyataan. Tapi kalau nak amalkan, memang susah. Tak percaya? Cuba kaji kalau lu ada dalam situasi kat bawah ni.
**************************
Kring! Kring!
Talipon berbunyi. Gua memang malas tul nak angkat talipon kat opis ni. Kompom masalah, walaupun selalunya kompom masalah tu bukan gua yang punya. Gua angkat la jugak. Terpaksa.
"Hello, ni Michael ke?"
Eheh! Sekali sekala gua nak perasan gak nama mat saleh. Nama omputih, baru internasionale.
"Ye. Saya"
"Ha Michael, ni I ni, Jeniffer yang call you semalam. Sorry lah kacau you lagi"
Alang-alang nama gua iras mat saleh, gua namakan jugak yang call gua ni macam minah saleh. Comel je kan nama Jennifer tu?
"Hah ye? Ada apa ye?"
"Takde la ni. Ai nak mintak tolong yu sikit. Ai cuba upload article ni kat dalam sistem ni, tapi tak boleh la. Ai punya content tu dari Power Point. Ai copy paste text tu tapi yang keluar kotak je"
Hoh! Bila masa pulak gua kena buat Customer Service nih? Apahal pulak hal berkaitan content ni nak kena tanya gua? Gua teknikal la, teknikal. Kalau pc tak boleh on, baru boleh call gua. Eh! Tak boleh jugak. Itu pun gua tak support lah!
"Oh! Hmmm... kalau tak boleh copy dari power point tu, yu kena taip balik lah kot. Takpun, yu cuba copy, then paste kat mana-mana text editor ke, then copy balik, baru paste kan balik kat sistem tu."
"Dah! Ai dah buat dah. I copy paste kat Notepad, tapi tak keluar apa pun.
"Aik! Selalunya boleh je. Copy terus pun tak boleh?"
"Tak! Ai dah buat banyak kali dah ni. Orang yang bagi Ai Power Point ni pun tak habis-habis nak susahkan Ai lah. Letih!"
"Hmm...."
Jennifer mengeluh. Gua kasihan. Gua mahu menolong. Dan gua nak tanya satu soalan nih. Tapi gua rasa macam tak patut. Takut soalan ni nanti Jennifer tu rasa diperendah-rendahkan. Hubungan kemesraan dengan user gua tetap kena jaga. Tapi, gua tetap kena tanya, untuk merungkaikan permasalahan Jennifer.
"Hmm.. Content dalam power point tu, image ke, Jen?"
"Ha ah! Image."
Lepas gua dengar jawapan Jeniffer tu, gua keluar terus dari opis. Gua lari terus ke opis Jennifer, tanpa berlengah-lengah. Sampai kat meja Jeniffer, gua tarik rambut blonde kaler kari dia kuat-kuat. Gua lempang kiri-kanan, sampai bulu mata palsu Jennifer jatuh ke lantai. Tak cukup lagi, gua tarik bulu hidung Jen selai-selai. Jeritan Jen yang kesakitan ibarat pengubat hati gua yang tengah mendidih panas. Habis bulu hidung, gua tarik pulak bulu kaki dia selai demi selai. Jen terseksa. Gua ketawa. Puas!
Tapi kau tau kawan? Itu hanya imajinasi.
Marah macam mana pun, gua pasrah. Dengan sopan lagi murni, gua balas kat Jen.
"Oh! Kalau text image mana boleh copy paste Jen. Nak tak nak yu kena taip balik lah."
"Kan? Ai pun rasa camtu. Memang la dorang ni saja nak tambah kerja ai. Takpe lah Mike. Ai buat sendiri lah. Mekaseh ye"
"Ok"
Gua letak gagang talipon. Gua termenung sekejap. Tarik nafas dalam-dalam. Istighfar. Syukur gua masih dianugerahkan nikmat sabar.
Kan?
0 Comments