Memang segar.
Perjalanan kami dimulakan di bahagian belakang masjid. Laluan tanah merah, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Seronok apabila dikelilingi suasana yang merimbun hijau. Mata menjadi terang. Ada pula air terjun yang melintang di tengah. Cumanya agak mengah berjalan mendaki. Almaklumlah, lemak sudah makin tepu. Proses pemecahan lemak yang berlaku taktala mendaki bukit, memang menyeksakan. Percayalah!
Ada juga pengalaman ngeri. Entah bila, entah bagaimana, ada sang ular melingkar membelit kaki. Ya! Ular! Kau tahu ular? Mahkluk panjang yang bersisik kebasah-basahan itu. Untung lah saiznya "kecik kenot (meminjam istilah anak-anak di rumah, kecik kenot itu maksudnya kecil). Sedang khusyuk kami membandingkan gambar masing-masing, terasa ada benda lembik menjalar di kaki. Fikirnya, pacat. Sekali pandang, walahai! Ini bukan pacat, bukan ulat gonggok. Ular tu, ular! Apabila mahkluk panjang bersisik kebasahan itu menggeliat-geliut, itu sudah cukup buat aku geli-geleman, apa lagi kalau sudah menjalar di kaki.
Waaaaaaaa....!!
Nasib baik menjerit yang keluar suara jantan. Ahahaha! Kalau suara kepit, bakal dipandang serong oleh masyarakat. Dan nasib baik juga masih kuat semangat, kalau tidak jenuh sahabat mahu mengendong mas gendut seberat 80 kg yang kepengsanan.
Semua itu, pengalaman.
Semua itu terus dilupakan apabila hasil "menembak" hari itu agak menjadi. Terutamanya yang aku idamkan selama ini, mahu mengambil gambar silky effect di laluan air sungai/terjun. Love it so much! Mungkin ada lagi yang boleh diperbaiki, tetapi sebagai permulaan ini sudah cukup baik.
Antara gambar-gambar Air Terjun Sungai Kroh, FRIM, Kepong.
Subhanallah!
Entah bila lagi akan mengulang kunjung.
0 Comments