Untuk entri ini, saya kongsikan pengalaman kelas fotografinya sahaja.
Stefano Romano
Pakcik Stefano |
Ya, begitulah.
Fotografi bukan hanya hal menangkap gambar cantik. Ia merangkumi lebih daripada memegun saat yang bernilai. Sesekali, dengan gambar ia mampu membawa diri untuk lebih mengenali dan memahami sesuatu ciptaan.
Apa yang saya pelajari daripada Pakcik Stefano (tanpa susunan tertentu)?
- Kamera harus menjadi perantara yg luaran (baju) dan dalaman (kulit). Gambar yang terhasil, sebaiknya biar ada makna.
- Tidak semestinya gambar yang tidak menarik, tidak ada maksud. Beliau memberi contoh sekeping gambar seorang lelaki, dan gambarnya "blur" seperti diambil dengan keadaan tangan bergoyang. Melihatnya terus begitu memang tidak memberi makna. Walhal, "blur" itu sebenarnya menggambarkan suasana hati lelaki itu, seorang penghuni rumah pesakit jiwa.
- Terdapat banyak teknik untuk mengambil gambar yang cantik dan menarik, tetapi tetap yang memberi makna ialah jurugambarnya. Teknik hanyalah panduan dan boleh sahaja diabaikan, tetapi gambar yang baik terhasil datang dari hati (emosi).
- Mengambil gambar secara "candid" lebih timbul perasaannya, berbanding dengan yang dirancang.
- Mengambil gambar secara "candid", gunakanlah tele-lense. Tidak perlu meminta izin. Sekiranya perlu, berterus-terang. Tetapi hasil sebelum dan selepas (meminta izin) sudah tidak sama.
- Gunakan "natural light" untuk fotografi potret.
- Gambar yang cantik boleh dihasilkan dengan apa jenis kamera. Tetapi antara kelebihan DSLR, menggunakan "viewfinder" kita dapat "mencipta" dunia yang kita mahu.
- Untuk gambar potret fokus utama seeloknya bahagian mata, kerana mata selalunya menunjukkan emosi. Mata yang tersenyum, mata yang marah, mata yang tidak selesa.
- Hitam putih atau berwarna? Itu subjektif. Terpulang kepada citarasa sendiri. Bagi Pak Stefano, beliau lebih suka yang berwarna, kerana lebih asli.
- Selfie, jika di barat menurut kajian ianya timbul kerana sifat mahukan perhatian. Kurang keyakinan diri. Takut mati! Mereka mahu orang sentiasa tahu mereka itu wujud.
Itu antara yang saya ingat. Dan ini, hasil yang saya perolehi hari itu.
Indoor |
Outdoor |
Saya lupa nama modelnya.
:p
0 Comments