Pulang menghantar atok Hafiz ke klinik mencuci darah pagi tadi, saya perasan langit yang masih gelap tampak kebiru-biruan. Blue hour, kata orang Gombak. Memang sedap ni kalau dapat ambil gambar.
Berbekalkan Huawei P20 Pro dan pemandangan dari laman sekangkang kera di tepi rumah, saya merakamkan gambar pagi yang sangat memukau. Apa lagi waktu cahaya matahari sudah mula tersebar perlahan, awan yang berbentuk kapas halus seperti berwarna merah jambu.
Geram.
Harap-harap esok berpeluang lagi.
0 Comments