Funfair Di Stadium Darul Aman, Alor Setar

Bila kali terakhir kau ke funfair?

Saya pun tak ingat. Mungkin kali terakhir saya ke Pesta Pulau Pinang, sekitar tahun 2000. Itu pertama kali saya ke pesta yang masyhur disambut setiap tahun, rasanya sekarang dah tak ada. Dan disitu juga pertama kali naik Matterhorn, kapal berayun 360 darjah buat pusingan.

Saya duduk dengan Along, rakan sepejabat saya. Mulanya kami menjerit suka. Berdebar pun ya juga. Tapi bila kapal tu berayun 180° berpusing di mana kepala kami ke bawah, kaki di atas, itulah saat yang paling menginsafkan.

Lagi-lagi bila Along cakap, "Aku rasa besi (palang) ni nak tercabut!"

Nak je cepuk mulut cabul dia masa tu, tapi nak lepaskan tangan daripada besi palang tu pun tak berani.

Kah kah kah!

Semenjak hari tu dah insaf dah nak naik benda alah ni.


Funfair Di Stadium Darul Aman

Semalam (10 Oktober 2022) kami bermalam di Hotel Seri Malaysia Alor Setar, betul-betul bersebelahan dengan Stadium Darul Aman. Sebaik masuk ke dalam bilik, kami intai ke luar tingkap. Eh, ada funfair betul-betul di seberang bilik kami.

Selepas Maghrib, kami pun berjan kaki ke funfair yang bergemerlapan dengan lampu warna-warni.  Muzik pun bukan main rancak. Mulanya kami hanya mencari makan malam, tapi Hafiz teruja nak masuk ke dalam funfair.

Memandangkan ini kali pertama Hafiz melihat funfair, kami pun bawalah dia masuk. RM2 untuk dewasa, percuma untuk kanak-kanak. 

Kami tengok semua permainan yang ada, semuanya bisa bikin gigi palsuku tercopot. Tak sanggup nak naik, walaupun setakat 'kereta langgar'. Kesian Hafiz, tapi itulah nasib dia keluar dengan umi abah yang adrenalinnya sudah kendur.

Untuk bayaran permainan seperti Ferris Wheel, 4 token seorang dimana harga satu token ialah RM2. Bermakna RM8 lah. 

Satu pun kami tak main. Lepas puas pusing keliling, kami pun balik ke hotel.

Mahu tidur.

Tapi tu lah. Funfair seberang bilik bukan main lagi meriah ni, macam mana nak tidur?

Funfair Di Stadium Darul Aman, Alor Setar
Funfair Di Stadium Darul Aman, Alor Setar
Funfair Di Stadium Darul Aman, Alor Setar
Funfair Di Stadium Darul Aman, Alor Setar
Funfair Di Stadium Darul Aman, Alor Setar
Funfair Di Stadium Darul Aman, Alor Setar
Funfair Di Stadium Darul Aman, Alor Setar








Reactions

Post a Comment

0 Comments