Hawaiian Hibiscus, Bunga Raya Kuning Di Laman Bonda

Pagi tadi, macam selalu saya singgah sarapan di rumah mak. Setiap kali itu jugalah, saya akan singgah di laman mak yang meriah berwarna-warni dengan bunga pelbagai jenis.

Di satu sudut, ada dua pasu bunga Raya sedang menguntumkan jambangan. Merah, dan juga kuning. Warna rasmi bendera negeri kami yang tercinta, Selangor Darul Ehsan.

Saya luangkan sekitar 5 minit, menikmati cantiknya ciptaan Ilahi, dan kemudian melatih mata dan kemahiran mengambil gambar.

Begitulah kalau mahu belajar fotografi.


Hawaiian Hibiscus, Bunga Raya Kuning 1Hawaiian Hibiscus, Bunga Raya Kuning 2Hawaiian Hibiscus, Bunga Raya Kuning 3Hawaiian Hibiscus, Bunga Raya Kuning 4






Reactions

Post a comment

0 Comments