Politik Kandang (Animal Farm)
Penulis;
George Orwell
Terbitan;
ITBM
1.
Ramai mencadangkan untuk membaca buku ini, kerana banyak persamaannya dengan suasana politik di Malaysia (zaman peralihan kuasa PM6 - PM7 - PM7i - PM8).
2.
Saya bukan peminat novel satira, tambahan pula watak-wataknya adalah binatang. Tapi alang-alang sudah dibeli (dari ITBM), baca jugalah.
3.
Memang sangat jelas persamaan antara kehidupan undang-undang binatang dalam kandang dengan keadaan politik semasa. Untuk mengaitkan watak Major (ketua babi), Snowball (babi), Napoleon (babi), Clove, biri-biri, kucing, gagak dan lain-lain; saya rasa bergantung kepada pemahaman dan sokongan politik masing-masing. Kalau saya, sudah tentulah si Napoleon durjana itu mewakili ahli politik Malaysia yang bernama X. Heheheh!
4.
Ceritanya mudah. Major, yang semakin nazak, mencetuskan idea untuk membina kehidupan binatang bebas daripada cengkaman manusia. Mereka memberontak, dan berjaya.
5.
Maka bermulalah kehidupan kandang yang ditadbir sepenuhnya oleh binatang, diketuai oleh babi yang dikatakan lebih bijak dan berkemampuan.
6.
Manifesto (rukun) dibina. Hak-hak binatang dijamin. Kehidupan baru menjadi slogan yang diraikan.
7.
Namun sedikit demi sikit, perbalahan mula berlaku. Antara babi yang mentadbir, bermula fitnah-memfitnah dan akhirnya wujud peralihan kuasa. Yang kalah, entah hilang ke mana, terus-terusan difitnah menjadi punca segala masalah.
8.
Rukun yang tujuh, yang menjadi manifesto kehidupan baru diubah dari semasa ke semasa. Kehidupan binatang sudah mula menjadi sukar, berbanding ketika diuruskan oleh manusia (Jones).
9.
Babi, sebaliknya terus hidup mewah dan menjadi kuasa elit di ladang itu. Licik, dan pandai memanipulasikan emosi, kedunguan dan cekap menggunakan kesempatan.
10.
Jadi, apabila membaca kisah politik dalam kandang ini, manalah tidak kau dapat elakkan dari mengaitkan cerita ini dengan cerita politik tempatan. Sama! Cuma itulah, lain pandangan politik, lainlah persamaan watak yang akan dibayangkan.
Heh!
Terus-terang, Politik Kandang (Animal Farm) bukan genre bacaan pilihan saya. Tapi, sekarang saya boleh katakan pada orang ramai, karya terbitan tahun 1945 sudah pun berada dalam rak "sudah baca".
Yeay!
0 Comments