[Ulasan Filem] I Am Kalam

da beberapa filem dari India yang saya simpan dalam "My List" akaun Netflix saya.

Bukan. Bukan filem-filem lakonan "The Khans" tahun 90-an hingga awal 2000. Filem cinta-cinta begitu sedap dilayan sewaktu zaman tulis surat letak bedak 100 gram. Zaman buat temujanji melalui pesanan pada rakan sekelas. Zaman filem begitu sudah tak ada minat lagi.

Ye ke? Bukan dua hari sudah layan Kuch Kuch Hota Hai ke?

Heh!

Zaman berubah, selera menonton pun berubah. Saya lebih gemar menonton filem tentang kehidupan yang lebih realiti, selalunya filem yang berdasarkan kisah benar.

Semalam, saya menonton I Am Kalam. Kisah biasa-biasa sahaja, tentang seorang anak pintar yang mahu menuntut ilmu, tapi terbatas dengan hambatan kemiskinan.

1.
Chotu, mungkin lebih tua 3 atau 4 tahun berbanding Hafiz, anak lelaki yang dipertanggungjawabkan oleh ibu mencari rezeki untuk keluarga.

2.
Dia tinggal bersama pakciknya (mungkin), lakonan Gulshan Grover yang sering memeran watak samseng sewaktu kegemilangan filem Hindustan tahun 90-an dulu. Lain benar penampilan beliau sekarang. Nampak abah-abah sangat.

3.
Di warung pakcik ini, Chotu pintar mempelajari semua yang diajar menjadikan dia lebih cepat memajukan diri.

4.
Di sini juga Chotu "berkenalan" dengan bekas Presiden India, Abdul Kalam melalui kaca tv, yang kemudiannya menjadi kekaguman dan idola.

5.
Chotu berkenalan dan bersahabat dengan anak orang ada-ada (golongan bangsawan) dan mereka bermain dan belajar secara bersembunyi disebabkan perbezaan darjat (klise, kan?). Chotu memperkenalkan diri sebagai Kalam (I Am Kalam) kepada sahabat baru, lanjutan inspirasi yang diperolehi daripada bekas Presiden.

6.
Watak Chotu sangat ceria. Sebagaimana wajahnya tersenyum membariskan gigi seperti dalam poster, begitulah dia sepanjang filem berdurasi 2 jam ini. Semua beban masalah terasa menjadi ringan melihat senyuman manis Chotu.

7.
Pengakhiran filem ini, tentulah membahagiakan. Chotu mendapat apa yang dia mahu; belajar di sekolah.

8.
Saya yakin, isu pendidikan masih menjadi halangan kepada golongan miskin di mana-mana pun di dunia ini. Walaupun kesedaran sudah ada (seperti Chotu) namun faktor sekeliling jarang memberi sokongan.

Filem ini bukan kisah benar. Tapi saya yakin isunya (pendidikan dan kemiskinan) adalab benar. Filem sebegini lebih memberikan inspirasi dan rasa puas untuk santapan jiwa dan rohani, bagi saya.

Selamat menonton.


I Am Kalam






Reactions

Post a Comment

0 Comments