[Ulasan Buku] Matahari Oleh Tere Liye

Matahari Oleh Tere Liye


1
Plot Matahari bergerak perlahan. Hampir separuh buku, masih belum ada pertualangan seru seperti mana Bumi dan Bulan.

2
Tere Liye membentuk karakter utama di dalam siri ini pada setiap buku (pengembaraan). Bagaimana Ali yang bijak mengeksploitasi ilmu yang diperolehi semasa di Klan Bulan dan Klan Bintang, kemudian Raib yang semakin memahami kuasa yang dimiliki bersama Seli yang meningkat kuat.

3
Menjadi sedikit "membosankan" apabila Raib, Seli dan Ali mengunjungi di setiap Klan, akan berlaku peperangan/perseteruan di antara penguasa. Sudah tentu, mereka menjadi "punca".

4
Benar, Tere Liye mahu menghubungkan cerita dan mengaitkan antara Klan. Namun bagi saya ianya terlalu ketara. Tidak ada unsur "surprise".

5
Permulaan cerita dalam buku juga sama, di dalam kelas dan di rumah. Berulang-ulang. Mungkin buku ke-4 nanti, ada perbezaan. Harapnya begitulah.

6
Namun bahagian "bosan" dan pengulangan ini, bijak "dimatikan" oleh Tere Liye dengan perkembangan watak yang membuatkan kita ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya.

7
Raib, Seli dan Ali bakal memikul tanggungjawab besar sebagai "superhero" untuk menyelamatkan klan permukaan daripada kehancuran besar. Geram jadinya, satu penggodaan yang meruntun hati untuk segera membaca buku ke-4; Bintang.

8
Matahari adalah buku terakhir siri Bumi yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Terjemahan yang saya kira agak baik. Buku ke-4 hingga ke-9, saya akan kembali ke buku berbahasa asal, bahasa Indonesia.

9
Cuma yang menjadi pertanyaan, kenapa pihak Lejen menggunakan gambar mentol untuk cover buku Bulan, dan paling pelik gambar teddy bear untuk cover buku Matahari. Ada maksud tersirat, atau main tangkap muat?

Matahari Oleh Tere Liye

#sharulmembaca
#malaysiamembaca





Reactions

Post a Comment

0 Comments