Blog Challenge : 31 Pencetus Idea Julai 2020

Tahun lepas, saya dan beberapa orang rakan di Facebook berpakat untuk mengaktifkan blog dengan membuat posting berdasarkan perkataan-perkataan yang tertentu. Selama 31 hari dalam bulan Julai, saya membuat catatan dengan menggunakan tag "Catatan Bulan Julai". Yang sempat, hanya 26 entri. Eh, itu sudah cukup hebat untuk blog yang hidup segan mati tak mahu ni. Hahahaah!

Persahabatan kami berlanjutan dengan beberapa aktiviti seperti membuat jurnal, lawatan muzium dan sudah tentu aktif berbincang dalam Whatsapp tentang hal-hal yang berkaitan (kebanyakannya tentang buku).

Hafiz pun dah lama tak menulis


Tahun ini, kami mahu mencuba lagi. Kali ini menggunakan konsep yang sama, cuma sedikit cabaran untuk membuat entri berbentuk surreal, yakni cerita yang bersulam antara fakta dan fiksi. Menarik. Sesuatu yang baru bagi seorang Sharulnizam.

Jom!
  1. Halaman hati yang bersuara (The page where the heart speaks words)
  2. Metropolitan di awangan (City in the sky)
  3. Magika rembulan yang berbalam (Misty moon magic)
  4. Kembang sempurna (Perfectly puffy)
  5. Pedih tersingkir (The sting of rejection)
  6. Naga di tab mandian (There’s a dragon in the bathtub)
  7. Gerobok mewah (The cupboard of abundance)
  8. Jika kita mampu… (If only we could)
  9. Cahaya fajar (Lit by the dawn)
  10. Sisa-sisa kesesalan (Regretful happenings)
  11. Sang pembunuh tivi plasma (Killer of plasma TVs)
  12. Si larva yang memaksaku (An inchworm made me do it)
  13. Panggil tukang paip; aku buntu (Call the plumber; I’m stuck)
  14. Jangan katakan ia takdir (Don’t tell me it’s fate)
  15. Maaf, aku perlukan secangkir kopi (Sorry, but I needed my coffee)
  16. Secarik daging (A piece of the pull)
  17. Duka di dalam jiwa (Sorrows of the soul)
  18. Biar tidak ketahuan, mengelak kelukaan (What she doesn’t know won’t hurt her)
  19. Kebaikan tak membawa pelangi (Niceties don’t bring rainbows)
  20. Hanya ini yang aku mampu (Two hands are all I’ve got)
  21. Suatu hari nanti, aku kan tiba jua (Someday I’ll get there)
  22. Kemesraan yang nyata (The kiss that said it all)
  23. Terserlah bijaksana (Mind in the making)
  24. Roti dan mentega yang enak sekali (Bread and butter never tasted so good)
  25. Sarat dengan dusta (A bottle of bamboozled)
  26. Obsesi cinta (He was hungry for her)
  27. Lantera kebenaran (The Chardonnay of truth)
  28. Seperti selalu (The way things used to be)
  29. Ayam dan coklat (Chickens and chocolate)
  30. Lagu abjad (Sounds of the alphabet)
  31. Sentuhan waktu (Triggered by time)

Kalau mahu sertai, ikut saja "keywords" di atas. Kata asalnya dalam Bahasa Inggeris, tetapi booleh juga kalau mahu menulis menggunakan Bahasa Melayu.

Jangan lupa hashtag #blogchallenge2020








Reactions

Post a Comment

0 Comments